Kelas preMedic & Bahasa Arab anjuran Fakulti Perubatan, UPM dan MedicMesir

Salam,
Mohon agar pemohon2 pengambilan September 2009 yang berminat untuk menyertai preMedic memohon sebelum 25hb April 2009. (Pendaftaran program, 3Mei 2009, 2-5ptg, Lobi Fakulti Perubatan, UPM, Serdang)
Ini adalah kerana, MedicMesir telah turut menerima permohonan menyertai preMedic dari pelajar-pelajar yang memohon melalui agensi lain. Pelajar-pelajar dari agensi lain akan hanya dimaklumkan keputusan penyertaan pada 1hb May 2009. Harap bersabar dan insyallah MedicMesir cuba mencari jalan terbaik untuk membolehkan penyertaan anda.
Sila ambil maklum, preMedic akan melibatkan 10 Pensyarah yang juga Doktor Pakar dari Fakulti Perubatan , UPM, Serdang. Format pembelajaran akan merangkumi Program Ordinary / Problem Based Learning dan Dentistry.
Topik utama adalah> Anatomy, Histology, Biochemistry dan Physiology
Pelajar akan turut dibahagikan kepada sessi bersama ‘seniors dari universiti masing-masing’ yang berpulang cuti ditanah air.
Kuliah Perubatan diadakan pada waktu siang 9-4ptg.
Kuliah Bahasa Arab diadakan pada waktu malam 8-10 malam (setiap malam)
UJIAN akan diadakan untuk setiap Topik! Kedatangan serta markah ujian akan diberikan kepada ibubapa. Pelajar yang lulus akan diberikan SIJIL dari pihak penganjur. Jika tiada ARAL melintang, insyallah, pada hari penutup program, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan akan menyampaikan sijil dan memberi ‘update’ mengenai isu ‘profession kedoktoran’ pada masa kini! Ibubapa akan dimaklumkan untuk bersama semasa sessi penutup.

Semoga usaha ini memberi ‘Head-Start-Effect’ didalam menjamin kecermelangan anak-anak di Mesir kelak. Semoga dipermudahkan. Ameen Ya Raab!
Salam ikhlas,
ummi

One thought on “Kelas preMedic & Bahasa Arab anjuran Fakulti Perubatan, UPM dan MedicMesir

  • April 23, 2009 at 10:39 am
    Permalink

    saya pelajar yang mendaftar di agensi lain. saya berminat untuk mengikuti kursus premedic yang dianjurkan oleh pihak ummi. bagaimana untuk saya menyertai kursus ini.
    e-mail saya : syfqomar91@gmail.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *