Salinan keputusan Imtihan Tahun 1 dan Surat Tawaran Banin Tib Asnan (pergigian ) AlAzhar Sesi 2009/10

Salam,

Ramadhan Kareem! Semoga kita terus diberkati Allah swt didalam bulan yang mulia ini. Ameen!
Semua keputusan tahun 1 serta salinan surat tawaran yang menyatakan penyata yuran telah di hantar ke email masing-masing. Semoga dokumen ini dapat diserahkan kepada JPA pada hari ini.
MedicMesir telah menyerahkan semua dokumen NOC kepada KPT (yang telah disertakan surat tawaran dan slip keputusan). Sila rujuk kepada KPT untuk urusan ini dan pelajar (atau wakil mesti mengambilnya sendiri.
MedicMesir mohon maaf atas kelewatan mendapatkan Slip Keputusan. Harap semua faham dengan karenah arab Mesir (aduhai!!…). Terima Kasih, tak terhingga kepada Ustaz Ameer yang sabar dan sabar!
Sama-sama kita berdoa agar urusan tajaan dipermudahkan. Sekali lagi, TAHNIAH diucapkan kepada semua yang BERJAYA! Insyallah, teruskan usaha untuk tahun-tahun yang akan datang. Rabunna Yusahhil.
Salam Sayang,
ummiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *