VISA untuk kembali ke MESIR

Salam,

Kepada semua pelajar yang sedang pulang bercuti di Malaysia dan telah tamat tempoh VISA. (pelajar BARU sessi 2010 tidak terlibat yer!!)
Memandangkan ada permintaan menguruskan VISA dari Malaysia, maka dijelaskan bahawa.
VISA kemasukan ke Mesir boleh diperolehi samada :
1. VISA ‘on arrival’ 1 bulan dan mengemukakan semula ke Imigresen di Mesir dlm masa 2 minggu utk universiti selain Alexandria. Bagi Alexandria Uni, sila serahkan kembali kepada univesiti (Ini terbaik dan memadai sebenarnya) ATAU
2. Mendapatkan VISA 3 bulan dari Embassy of Egypt di Malaysia. Bagaimanapun, urusan ini hanya utk memudahkan kemasukan sahaja. Walaubagaimanapun, pelajar masih perlu mendapatkannya semula selepas 1 bulan kemasukan (oleh itu ini adalah pilihan sahaja)
Untuk urusan ke2, anda samada:
1. Warga KL atau Selangor – boleh berurusan terus dengan Embassy of Egypt di Malaysia atau
2. Warga luar KL atau Selangor – mendapatkan khidmat MedicMesir untuk diuruskan VISA di Embassy of Egypt. Sila hantar paspot asli, surat tawaran, 1 gambar dan wang RM80 (RM67 utk VISA dan RM13 utk courier semula VISA kepada anda) ke pejabat MedicMesir sebelum Rabu, 25hb Ogos 2010.

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan En Fakharuddin di talian 03 8945 9030. Semoga terus diberi kekuatan untuk merebut fadilat Ramadhan. Ameen
Salam,
ummiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *