Makluman Keberangkatan 2010

Salam,
Kepada semua pelajar-pelajar perubatan Mesir sesi 2010, yang telah mengisi pendaftaran permohonan salinan tiket, makluman keberangkatan serta salinan tiket tersebut telah diemail ke email masing-masing.

Sila ambil maklum, warga Selangor bolehlah berhubung dengan pihak MAIS , Shah Alam untuk mendapatkan pembiayaan 75% daripada kos tiket. Sila berhubung dengan pihak MAIS di talian 55227700 (unit tajaan).

Bagi warga Perak, sila pastikan borang tajaan tiket dihantar dan pastikan anda ‘follow up’ seterunya. Bagi, mereka yang telah mendapat kelulusan MAIP tetapi telah menjelaskan wang tiket, wang tersebut akan dipulangkan.

Bagi negeri lain, ianya boleh digunakan untuk mendapatkan wang saku sebelum bertolak.

Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt. Ameen

salam,
ummiMM from Mekah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button