Bila nak balik ke Mesir?

Salam…anak2 yang Ummi kasihi semua…

Nampaknya hampir semua berat hati nak meninggalkan Mesir….tapi, bila sudah ARAHAN, keselamatan diri perlu kita utamakan. Mana mungkin kita mampu utk mencapai cita-cita untuk Ummah tanpa diri kita sendiri terbela.
Soalan cepu emas sekarang. Bila nak balik Mesir? Ummi dapat merasakan semuanya sedaya upaya tidak mahu ketinggalan kuliah walau seharipun. Semangat kita tidak akan luntur walau apa jua ujian yang kita hadapi!
Untuk menjawab persoalan ini, Ummi ingin jelaskan:
Pertama: Ini adalah isu keselamatan. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia adalah badan yang terbaik dan tahu mengenai perkembangan semasa. Oleh itu kita harus akur dan patuh atas arahan kerajaan mengenai tarikh yang diistihar sebagai selamat untuk pulang ke kampung kedua kita, Bumi Anbiya Mesir!
Kedua: Isu exam ambil dimana? Apa pun keputusannya samada di Malaysia atau Mesir, isu keselamatan akan didahulukan. Apapun keputusannya, MedicMesir akan sentiasa memberi sokongan, selagi ianya keputusan yang terbaik untuk anak-anak semua.
Ketiga: Ummi sendiri akan meninjau keadaan TERKINI pada 20hb Februari 2011. InshaAllah pemergian Ummi ke Mesir ini nanti ditemani juga dengan beberapa pegawai kerajaan. Doakan yang TERBAIK. Lawatan ke semua Universiti ini dapat sedikit sebanyak memberi peluang Ummi meninjau keselamatan sebelum membenarkan anak2 Ummi sendiri pulang ke rumah masing2 di Mesir.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan Allah swt!

Salam sayang,
UmmiMM

3 thoughts on “Bila nak balik ke Mesir?

  • February 8, 2011 at 4:49 am
    Permalink

    harap sangat mesir dapat pulih macam biasa. seyesly baru dok umah sehari dah rasa rindu kat sana. btw, thanks ummi. all the best pegi sana nanti. take care 😉

    Reply
  • February 8, 2011 at 4:53 am
    Permalink

    Allah bersama pn siti. Moga anak2 tidak lama tertinggal kuliah mereka.

    Tahniah terima menantu, moga majlis bjalan lancar dan diberkati Allah swt.

    Along; mak Taqiah Borhan

    Reply
  • February 8, 2011 at 5:19 am
    Permalink

    semoga ummi selamat sampai dan pulang..kirim salam tahniah buat kak kausar ummi 🙂

    amirah farhana roslan 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *