Program Perubatan Mansoura University Kuliah 5hb Mac 2011

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Mansoura University telah memaklumkan kepada UmmiMM mengenai tarikh terkini permulaan kuliah program perubatan, Program Regular dan Program Mansoura Manchester iaitu pada 5hb Mac 2011.

Tarikh baru ini hasil dari pengumuman oleh Menteri Pengajian Tinggi Mesir mengenai tarikh baru permulaan kuliah disemua sekolah dan pengajian tinggi Mesir dari 19hb Feb ke 26hb Feb.

Harap semua dapat membuat persediaan sementara kita sama-sama menunggu keputusan dari kerajaan mengenai tarikh dibenarkan pulang ke Mesir. InshaAllah akan ada pengumuman dalam masa terdekat.

Sama-sama kita doakan yang terbaik. Ameen.

Salam ikhlas,
UmmiMM, dari Mansoura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *