Kerajaan Pahang Sedia Tanggung Kos Pelajar Pulang Ke Mesir

TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata selain itu, kerajaan negeri akan memberi sumbangan wang tunai RM500 kepada setiap pelajar terbabit. “Berdasarkan rekod, terdapat 200 pelajar tajaan Yayasan Pahang dan 200 lagi belajar dengan kos sendiri,” katanya kepada pemberita.Beliau berkata kerajaan negeri Pahang juga telah menempatkan seorang pegawai khas Yayasan Pahang bagi menjaga kebajikan pelajar Pahang di Mesir. “Pegawai terbabit memberi laporan setiap hari dan situasi di negara berkenaan, apabila krisis politik kembali pulih, para pelajar baru dibenarkan pulang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button