Pulau Pinang – Pembelian Tiket Penerbangan Mestilah Melalui BKPPPM

Pulau Pinang, 1 Mac – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, BKPPPM mengumumkan segala urusan tiket penerbangan ke Mesir hendaklah melalui pihak yang dilantik oleh BKPPPM, iaitu saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz ( 0134016892) dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah ( 0134870691 ).

Keputusan ini dibuat kerana pihak Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengamanahkan kepada BKPPPM untuk menguruskan pembelian tiket penerbangan ke Mesir. Pemusatan ini juga bertujuan untuk memudahkan segala urusan pembelian tiket serta untuk menyelaras maklumat pelajar bagi memudahkan urusan menyambut pelajar di Mesir.

Pelajar yang ingin membuat tempahan tiket, boleh hubungi saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah sebelum 6 Mac 2011.

BKPPPM juga menasihatkan kepada semua ahli supaya memperbaharui visa sebelum berangkat ke Mesir dan BKPPPM akan menguruskan visa bagi semua pelajar yang membuat tempahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *