Status penerbangan MARA setakat 8hb Mac 2011

MAKLUMAN PENTING


Senarai Terkini Pelajar Tajaan MARA bagi penerbangan ke Mesir (tarikh paparan 7 Mac 2011)
Senarai Terkini (7 Mac 2011) > klik disini
Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:
1. Sila semak Nama, No K/P, Universiti, Tahun Pengajian dan No Passport masing-masing dan maklumkan pada MARA jika terdapat kesilapan.

2. Sila maklumkan juga sekiranya saudara/saudari telah mempunyai tiket penerbangan sendiri / tiket yayasan negeri dengan kadar segera supaya pihak MARA dapat menggantikan dengan pelajar lain.
3. Jadual penerbangan adalah bergantung kepada kekosongan tempat duduk (seats) dan perkara-perkara berkaitan penerbangan. Oleh itu, sila semak dari semasa ke semasa senarai nama dalam jadual penerbangan tersebut .
4. Sebarang pertukaran tarikh penerbangan tidak dibenarkan.
5. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan perlu berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas.
Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian Hotline MARA yang beroperasi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Talian Hotline : 03-26936666 / 03-26946622 / 03-26943366

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *