NOC PELAJAR SESI 2010 / 2011

Assalamualaikum wbth,
Sila ambil maklum, ALHAMDULILLAH
1. NOC pelajar MedicMesir pengambilan Februari 2011 telah siap dan telah berada di MedicMesir. InshaAllah, akan dipos ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.

2. NOC pelajar pengambilan September 2010.  Pihak KPT berjanji akan menyerahkannya kepada MedicMesir pada June 2011.  Kelewatan ini kerana terdapat permasalahan ‘simpanan dokumen’ di KPT.  Untuk urusan ini, pelajar tidak perlu mengisi borang tersebut sekali lagi.  Tetapi, bagi pelajar yang ingin mendapatkan cepat sebelum June, tidak menjadi halangan untuk menghantar borang baru.

Harap maklum dan semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Salam,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *