DAFTAR SEKARANG ! JOM! On Call 2011

Assalamualaikum wbth,

Program JOM! On Call 2011 http://medicmesir.com/2011/07/28/jom-2011-rekindle-lost-lig/ adalah program kerjasama MedicMesir serta pelajar-pelajar seniors Mesir yang datang dari pelbagai agensi. Khas untuk tahun 2011, JOM! On Call 2011 turut mendapat kerjasama dari IKRAM Putra Jaya. Alhamdulillah.
Program ini TERBUKA kepada semua pelajar baru yang akan memulakan pengajian ke Mesir pada sesi 2011. Ianya TIDAK TERHAD kepada warga MedicMesir sahaja. Bagaimanapun, tempahan adalah ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’. Semua pelajar MedicMesir di galakkan untuk menyertai program ini, termasuk mereka yang tidak menyertai preMedic 2011.
Program ini telah disusun 100% oleh senior pelajar perubatan, terutamanya pelajar Mansoura. InshaAllah, banyak manfaat yang akan diperolehi semasa program ini disamping untuk merapatkan ukhuwah dikalangan seniors dan bakal ‘junior’ yang akan menjejakkan kaki ke Bumi Mesir pada awal Oktober nanti.
JOM! Daftar sekarang!
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *