JOM! ON CALL 2011 – Rekindle the lost light

السلام عليكم
Seperti yang telah diketahui, program Pre-Departure JOM! (Journey of Medichood) akan berlangsung untuk siri yang kedua pada 7-9 Ogos tahun ini. Program JOM! tahun ini yang dinamakan JOM! On Call 2011 berhasrat untuk ‘memanggil’ pelajar-pelajar yang bakal menceburi bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir untuk turut serta dalam program yang bakal dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Bertemakan ‘Rekindle the Lost Light’, program JOM! On Call 2011 ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada bakal-bakal pelajar jurusan sains perubatan terhadap kehidupan di Mesir. Sesuai dengan tema tersebut, kami, selaku pelajar-pelajar yang sedang menuntut di pelbagai universiti di Mesir berbesar hati untuk menghidupkan kembali semangat anda semua sebelum menceburi jurusan sains perubatan di Mesir. Dengan berbekalkan pengalaman menetap beberapa tahun di Mesir, kami berhasrat bertemu dengan anda semua untuk berkongsi pelbagai cerita yang menarik, suka dan duka, sepanjang berada di Mesir serta ingin membantu anda dalam persediaan sebelum berlepas ke Mesir.
Diharap dengan program seperti ini, para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru tanpa terkena ‘kejutan budaya’ apabila berada di Mesir kelak, dan berjaya dalam merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor Muslim. Insya Allah.
Justeru, kepada para pelajar yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian sains perubatan ke Mesir, jangan lepaskan peluang yang menarik ini dan hadirkan diri anda ke program ini! Yuran penyertaan bagi untuk program ini hanyalah serendah RM25 sahaja. Peluang sudah terbuka untuk mendaftar, tunggu apa lagi? JOM!

Maklumat lanjut sila layari http://journeyofmedichood.blogspot.com

Jumpa anda di sana ya! 😉
Aiman Jusri (Sem 6, Mansoura Manchester Program)
Pengarah JOM 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *