NOC bagi pelajar yang ada C

Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum, bahawa pelajar yang mempunyai C didalam SPM bertanggungjawab untuk mengisi semua Borang SSLN (boleh didapati di muka depan blog MM) dan mengemukakan keputusan Tahun 1.
Untuk makluman, buat masa kini, syarat KPT masih memerlukan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan untuk tahun pertama bagi meluluskan NOC. Mereka yang mendapat Jayyid boleh mencuba tetapi tidak ada apa-apa jaminan.
Oleh itu, semua pelajar dinasihatkan untuk menghantar permohonan NOC masing2 terus ke KPT. Menghantar sendiri secara individu adalah lebih cepat dibandingkan jjika secara berkumpulan. Bagaimanapun, jika memerlukan perkhidmatan MedicMesir untuk urusan ini, sila berhubung terus dengan Cik Atifah atau Cik Mira di talian 03 89459030 atau di email medicmesir@gmail.com.
Harap Maklum dan Semoga Najjah!
Salam,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *