Alhamdulillah ~ Syukran Semua ~ Selamat Tahun Baru 2012

Alhamdulillah….Alhamdulilllah….Alhamdulilllah Syukor kehadrat Allah swt atas kesempatan untuk sama-sama kita melangkah ke Tahun Masihi 2012. Kita juga baru melangkah ke Tahun Hijrah 1433H. Ini satu nikmat dari Allah swt berikan kepada kita untuk kita terus hidup dalam limpahan rahmatNYA untuk menjadikan kita INSAN yang berjaya di dunia dan akhirat. MedicMesir mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan TERIMAKASIH tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sokongan dan kejayaan kepada MedicMesir sehingga ke hari ini. Tanpa sokongan semua, khasnya anak-anak MedicMesir serta ibubapa, dan umumnya, warga kakitangan Malaysia diMesir dan keseluruhan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Doa kami agar tahun 2012 adalah tahun yang penuh dengan kejayaan demi kejayaan sehingga mejadikan kita insan terbaik disisi Allah swt. Kami juga berdoa agar semua pelajar-pelajar MedicMesir diberi laluan mudah oleh Allah swt untuk bergelar Doktor dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Ummah didalam bidang perubatan. Doa kami juga agar ibubapa semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk sama-sama menyaksikan kejayaan anak-anak ini nanti. Allahu Yussahhil. Biiznillah 🙂 SELAMAT TAHUN BARU 2012 !Salam Sayang, UmmiMM dan semua warga MedicMesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *