UmmiMM tangguh ke Mesir minggu hadapan.

Asslamulaikum wbth,

1. Untuk makluman semua, trip Ummi yg sepatutnya minggu ni terpaksa di tangguh ke Selasa depan. Hasrat asalnya, ke Mesir utk urusan biasa sahaja…tetapi, ‘trip’ kali ini inshaAllah, akan lebih bermakna kerana Setiausaha Sulit Kanan PM, Dato Shahlan Ismail serta team dari KPT yg diketuai oleh Dato’ Dr Rujhan akan bersama di Mesir minggu hadapan.
2. InshaAllah, doakan yang terbaik untuk masa depan anak2 di Mesir. Satu perjumpaan dengan semua pelajar telah ditetapkan pada 27hb Januari di Kaherah. MedicMesir diarahkan juga menghantar wakil. Ummi akan update semula selepas meeting mengenai hal yg sama esok. InshaAllah.
3. Kepada pelajar-pelajar yang ada isu untuk diketengahkan, sila inbox Ummi dengan kadar segera. InshaAllah, lawatan dari pegawai-pegawai dari badan-badan penting ini akan membuahkan hasil yang TERBAIK untuk semua. Ameen.
Shukran
Salam,
ummiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *