Permohonan BUDGET dan Mesyuarat EXCO di Muhafazah

Bismillahirahmanirahim……Assalamualaikum wbth,

Semoga anak-anak MM yang dikasihi sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt dan sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Semoga dipermudahkan Allah swt.

uMMi merujuk kepada 2 posting terdahulu iaitu;
Pertama: http://medicmesir.com/2012/03/20/peruntukan-500000le-untuk-program-jo/
Kedua : http://medicmesir.com/2012/03/22/peruntukan-500000le-jom-mumtaz-2012/

Beberapa tindakan yang perlu diambil ;-
1. Proposal dari EXCO Muhazah perlu dihantar untuk sekurang-kurangnya 2 bulan iaitu April dan May 2012 sebelum Rabu, 28hb Mac 2012.
2. Pelajar Dentist disarankan agar dapat juga berbincang untuk mendapatkan ‘tools dan berkaitan’ yang dapat dibeli untuk kegunaan pembelajaran.  Memandangkan MedicMesir adalah agensi yang paling ramai pelajar ‘Dentist’ yang kini berada di Mansoura, Alex, Tanta dan AlAzhar, maka sebaiknya jika dapat dimantapkan ‘sinergi’ ini. Oleh itu harap pelajar dentist dapat memanfaatkan perbincangan didalam FaceBook “MedicMesir Dentist”
3. Muhafazah yang merasakan peruntukan tambahan diminta menghantar sahaja kertas cadangan. Peruntukan tambahan akan diambil bagi muhafazah lain yang tidak memanfaatkan peruntukan ini.

uMMi merancang untuk keMesir dalam masa terdekat dan mesyuarat EXCO disemua muhafazah akan diadakan untuk meluluskan peruntukan seperti yang diterima selewat-lewatnya Rabu ini.  Semoga mesyuarat uMMi bersama EXCO nanti akan lebih lancar dengan maklumat yang diterima.

EXCO disetiap muhafazah juga diminta untuk email melalui ketua masing-masing isu setempat dan agenda perbincangan sebelum 31hb Mac 2012.

Mohon dapat kerjasama semua.  Semoga usaha kita dipermudahkan Allah swt 🙂

Salam Sayang …Lillah 🙂
uMMi 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *