SEMAKAN STATUS NOC PELAJAR TAHUN 1 SESI 2011 / 2012

Assalamualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah mengeluarkan NOC untuk semua pelajar Tahun 1 MedicMesir bagi Sesi 2011/12 sebelum pelajar berangkat ke Mesir.  Kebanyakan  salinan asal disampaikan di Mesir sesudah pelajar berangkat.

MedicMesir ingin mengemaskini rekod NOC pelajar.  Oleh itu, mohon sekiranya mana-mana pelajar yang masih belum mendapat salinan asal agar dapat mengisi borang yang di link ini.

Memandangkan KPT telah mengeluarkan salinan asal, jadi bagi mereka yang hanya mendapat salinan fotokopi, MM akan berusaha mendapatkan salinan asal kedua dari KPT.

Makluman ini TERHAD bagi mereka yang TIADA C didalam 8 matapelajaran BM, BI, BIO, FIZIK, KIMIA, MAT MODEN, MAT TAMBAHAN dan SEJARAH.

Mohon sampaikan kepada kawan-kawan yang lain.  NOC ini diperlukan oleh penaja disaat memohon JPA / MARA pada bulan Ogos nanti.

Salam,
uMMi ~ MM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *