Bittaufiq Wannajah Fi Imtihan! Buat semua anak-anak di bumi Mesir yang akan berhadapan dengan Imtihan bermula hari ini.

Bismillahirahmanirahim !

Tuhan seru sekalian alam, selawat dan
salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke
atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian..

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah
ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami
dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi
kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala
kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi
darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala
kebajikan semasa hidup dan sesudah mati..

Dan juga selawat ke atas keluarga dan
sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan
rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani..

Ya Allah, jadikanlah kami dari
golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di
dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah kami dari golongan
hamba-hambaMu yang soleh..

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka
dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah
Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat
kerosakan..

Ya Allah bukakanlah hati kami
sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, dan kurniakanlah
kepada kami  kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka
perkara ta’wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah
kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat
muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala
yang lain yang mengasihani..

Ya Allah, lapangkanlah bagi kami
dada-dada kami, dan permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, dan
kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami, dan luruskanlah kami dan
kumpulkan bagi kami di antara perkara yang betul dan perkara yang
berpahala, dan lindungilah kami daripada membuat kesalahan terlarang
daripada mendapat nikmat dan lupa..

Ya Allah, terangilah cahaya pada
hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan
cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan
yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha
Mengetahui..

Ya Allah, keluarkanlah kami
daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan
bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak
yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak,
perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih
dari segala yang lain yang mengasihani..

 Ya Allah, sesungguhnya hari esok hari penentuan buat kami dan telah
tiba masanya untuk kami menantikan jawapan yang sebelum ini punyai seribu satu
persoalan dalam hati kami..
oleh itu Ya Allah,
berikanlah kami kejayaan yang sebenar-benarnya buat kami yang amalannya hanya
sekelumit, setia kami yang hanya sekerdil zarah bahkan pula dengan ingkar kami
yang melaut luasnya..
Ya Allah, beritakanlah
kami perkhabaran yang mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru
kami, sahabat-sahabiah kami, saudara-mara kami dan yang paling penting diri
kami sendiri..

Dan Allah telah berselawat ke atas
Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian,
dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Teruskan pengharapan kepada yang maha KUASA..

Uhhibukum Fillah,
uMMi MM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *