ALHAMDULILLAH! 400 pelajar telah mendaftar preMEDIC MM2012

Assalamualaikum wbth,


1. Alhamdulillah…Alhamdulilllah…Alhamdulillah.  Seramai 400 pelajar (130 lelaki dan 270 perempaun ) telah selamat mendaftar ke Program preMedic MM2012.  Alhamdulillah, tahun 2012 adalah TAHUN KELIMA preMedic dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UPM Serdang.  TerimaKasih diucapkan kepada UPM atas sokongan serta kepercayan terhadap MedicMesir.  TerimaKasih tidak terhingga juga kepada pelajar serta keluarga masing-masing atas kerjasama didalam melancarkan perjalanan semasa proses pendaftaran.

2. Program preMedic MM2012 akan berlangsung sehingga 11hb Ogos 2012. InshaAllah, akan ada banyak pembaikan dari preMedic yang lepas-lepas. Mohon doa semua agar Allah swt memberikan natijah terbaik dari preMedic ini.  Semoga anak-anak MM 2012 mendapat persediaan terbaik sebelum melangkah kaki ke bumi Mesir.

3. Bagi pelajar sesi 2012 yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Program preMedic2012, InshaAllah MedicMesir akan memaklumkan tarikh perjumpaan / taklimat sebelum berangkat dalam masa terdekat.

4. Segala perkembangan lanjut mengenai preMedic MM2012 boleh didapati melalui blog ini atau di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir). LIKE page tersebut !

Syukran semua atas sokongan dan doa!
Salam,
uMMiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *