PLAY, STUDY, PRAY : ARE THOSE ENOUGH?

Assalamualaikum wbth, 

1. Semoga kita semua terus diberi kekuatan didalam menjalani ibadah Ramadhan.  Alhamdulillah dan InshaAllah, anak2 preMedic 2012 berkesempatan untuk bersama-sama dengan anak muda yang kini namanya menjadi IDOLA dan ramai peminatnya dikalangan mahasiswa dalam dan luar negara. 
Beliau akan bersama-sama anak-anak preMedic pada jam 9pagi, 7hb Ogos 2012, di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan, UPM.  Tajuk akan dikongsi oleh beliau adalah PLAY, STUDY, PRAY : ARE THOSE ENOUGH?

2.  Saudara Aiman Azlan adalah bekas pelajar MRSM Taiping dan kini adalah penuntut jurusan Biologi dan Psikologi di Univeristy of Toronto, Canada. Blog beliau adalah http://www.aimanazlan.com/.
Antara perkongsian terbaik dari Aiman Azlan http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=aNyfEZUVCKQ&NR=1

3. Mana-mana pelajar perubatan yang berminat untuk mengikuti sesi beliau dijemput hadir sama.  Masuk adalah PERCUMA !
JOM! dan Salam 🙂
uMMiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *