SAMPUL DUIT RAYA dan KAD HARI RAYA MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa dilimpahi dengan rahmat Ramadhan ! Semoga ibadah kita diterima sebagai amalan yang soleh.

2. Alhamdulillah, “Media Team” anak-anak di preMedic 2012 telah mencetak Kad Hari Raya MedicMesir 2012 dan Sampul Duit Raya.  Semua anak-anak di preMedic 2012 akan diberikan Kad Raya masing-masing secara PERCUMA bermula esok.

3. Tanda sokongan semua terhadap Medicmesir, InshaAllah, MedicMesir juga memberi secara PERCUMA kepada semua yang berminat untuk mendapatkannya.  Oleh itu sesiapa yang berminat tanpa mengira agensi atau program, samada belajar didalam atau diluar negara, boleh  mendapatkannya secara PERCUMA.

4. MedicMesir akan menghantar 10-30 kad PERCUMA kepada anda untuk digunakan sebagai tanda ingatan sempena Hari Raya ini , mungkin kepada guru-guru sekolah lama anda dan sahabat-sahabat handai.

5. Sila isikan makluman ini untuk tujuan pengeposan. (Sila ambil maklum mereka yang telah mengisi sebelum ini untuk sampul raya automatik akan diberikan set kad raya juga, Oleh itu, mohon agar tidak mengisi borang ini sekali lagi.)


Gambar Kad Raya (Muka Luar – Lipat di Tengah)



Gambar Kad Raya (Muka Dalam – Lipat di Tengah)

Sampul Duit Raya 2012



Semoga usaha ini mengukuhkan silatuhrahim kita dengan mereka yang tersayang. Ameen.


Salam,


One thought on “SAMPUL DUIT RAYA dan KAD HARI RAYA MEDICMESIR 2012

  • August 17, 2012 at 4:59 am
    Permalink

    terima kasih umi… saya dah terima kad dan sampul raya.. mudah2an segala ibadah umi mendapat keberkatanNya dan umi berjaya menjalankan misi di palestin dgn lancar. amiinn.. 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *