NOC untuk pelajar C dalam SPM (Keputusan Jayyid Jiddan) & Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen JPA esok, 10hb Ogos 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua sentiasa berada didalam rahmat Allah swt. Posting ini adalah merujuk kepada posting terdahulu http://medicmesir.com/2012/07/27/intake-2010-dan-intake-2011-noc-bagi/

2. Sila ambil maklum, mana-mana pelajar yang mempunyai C didalam SPM tetapi memperolehi Jayyid Jiddan atau Mumtaz didalam keputusan Tahun 1, perlu mendapatkan NOC dengan kadar segrea di KPT.  Buat masa ini pihak KPT amatlah memberi kerjasama untuk menyiapkannya dengan kadar segera (on spot). Alhamdulillah.

3. Sila ambil maklum, dokumen NOC ini perlu dikepilkan semasa menghantar dokumen JPA selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 10hb Ogos 2012.  Kegagalan menghantar NOC akan menyukarkan permohonan tajaan anda di JPA.  Sila pastikan dokumen di ‘BIND’ sebelum dihantar ke JPA.


4. Mana-mana pelajar yang memperolehi keputusan lebih rendah dari Jayyid Jiddan juga diminta untuk melengkapkan dokumen JPA esok. Ini adalah kerana, beberapa sesi yang lepas, ada juga yang memperolehi rendah dari Jayyid Jiddan yang berjaya mendapat Tajaan Pinjaman JPA. Yang penting kita BERUSAHA.
5. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan En Shamsul di talian 019 395 6061.  Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *