PROGRAM ORIENTASI ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2012/13


Assalamualaikum wbth,
1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
2. InshaAllah, bakal pelajar-pelajar Alexandria akan bertolak pada 25hb September 2012, 315 pagi dan akan sampai ke Lapangan Terbang Alexandria pada jam 10pagi, 25hb September 2012.
3. Alhamdulillah, beberapa siri program telah disusun.  Sepanjang program orientasi semua pelajar lelaki dikehendaki memakai baju kemeja dengan tali leher dan perempuan berbaju kurong. Pelajar-pelajar MedicMesir akan dibawa oleh wakil MedicMesir ke majlis orientasi tersebut. InshaAllah.

A. PROGRAM ORIENTASI PROGRAM PERGIGIAN 
Bersama ini disertakan Jadual Program Orientasi yang telah disusun oleh Fakulti Pergigian, Alexandria University.  InshaAllah, kuliah Fakulti Pergigian akan bermula pada 29hb September 2012.

B. PROGRAM ORIENTASI PROGRAM PERUBATAN
Program orientasi untuk pelajar Tahun 1 Program Perubatan akan diadakan pada 3 dan 4hb Oktober 2012.  InshaAllah, kuliah Fakulti Perubatan akan bermula pada 7hb Oktober 2012.

4. Semoga dipermudahkan segala urusan keberangkatan, perumahan dan kuliah anak-anak MedicMesir di bumi barakah 🙂

Salam,


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *