HARI PENGUNDIAN POS DI MESIR


Rujukan: SR(050)337/4/2 Vol.1

Tarikh: 16 April 2013

Kepada:  Semua HBS
              Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) / Agensi-Agensi Kerajaan Malaysia Mesir

YBhg. Datuk / Professor / Tuan / Puan / Cik,

Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara tersebut di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah ditetapkan sebagai Pusat Serahan dan Terimaan Kertas Undi Pos di Mesir.  Sehubungan dengan ini, KBMK telah dan sedang membuat persiapan terakhir bagi melaksanakan urusan tersebut dengan sewajarnya.


3.    Sehubungan dengan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memutuskan supaya penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di KBMK ditetapkan pada 28 April 2013 (Ahad) mulai jam 9.00 am hingga 6.00 pm. Kenyataan Media SPR yang jelas maksudnya adalah dilampirkan untuk rujukan dan makluman.

4.    Semua HBS, khususnya Ketua-Ketua Agensi, adalah dipohon untuk membantu mewar-warkan mengenai tarikh tersebut kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) dan Pengundi Biasa Undi Pos seperti memaparkan ke laman web Agensi-Agensi masing-masing, memaklumkan kepada wakil-wakil persatuan / kelab, emel dan sms.  

5.    Segala kerjasama yang dihulurkan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

SHAIFUL ANUAR HJ MOHAMMAD
Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

s.k.    TYT Dato’ Duta Besar Malaysia ke Mesir

Rujukan 
1. Hari Pengundian POS di Mesir
2. Kenyataan MEDIA SPR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *