SEMAKAN PENUH KEPUTUSAN BERJAYA PROGRAM KHAS MARA 2013 – 20 MEI 2013


Keputusan penuh bagi permohonan di bawah Program Khas MARA 2013 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 boleh disemak di sini: http://apponline.mara.gov.my/piln/

Keputusan tersebut adalah muktamad. Bagi mereka yang berjaya, tiada sebarang rayuan bagi penukaran tempat pengajian, kursus yang ditawarkan, ataupun penangguhan tarikh pendaftaran / kemasukan akan dipertimbangkan. 

Kepada yang tidak berjaya, sebarang rayuan boleh dibuat terus secara bertulis ke alamat seperti berikut: 

PENGARAH
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA
TINGKAT 3, IBU PEJABAT MARA
21 JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR
(U/P: PROGRAM KHAS MARA 2013)

Walau bagaimanapun, tiada sebarang jaminan bahawa rayuan anda akan dipertimbangkan ataupun dilayan. Sebarang rayuan masih lagi tertakluk kepada pencapaian SPM 2013 pelajar dan juga prestasi temuduga pelajar, termasuk kekosongan yang mungkin ada di tempat-tempat yang disediakan.

Kepada calon yang berjaya, sila teliti arahan yang telah diberikan sebaik-baiknya. Sila ambil inisiatif menghubungi institusi anda masing-masing (boleh Google institusi untuk mendapatkan nombor telefon dan sebagainya – anda semua pelajar cerdik pandai) untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan pendaftaran anda. Sila nantikan arahan lanjut daripada MARA.

Kepada semua calon berjaya disenarai pendek, tahniah dan selamat maju jaya MARA ucapkan.

Sekian. 
(sumber Lepasan SPM 2012 / MARA )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *