URUSAN TAJAAN PELAJAR MEDICMESIR BAGI SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth


1. Salam Eidulfitri. Maaf Zahir Batin. Taqabbal Allahu Minna wa Minkum. Semoga
sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah memberi keamanan serta
perlindungan buat saudara2 kita di bumi Mesir. Semoga Allah kembalikan yang HAQ
dan musnahkan yang BATIL dan Mesir kembali aman. Ameen.
2. Posting ini merujuk kepada hal-hal berkaitan tajaan anak-anak
MedicMesir untuk tahun 2013. Posting ini bukan sahaja ditujukan kepada
anak-anak Tahun 1 tetapi untuk kesemua yang masih belum mendapat apa jua
tajaan. Posting terdahulu yang ditujukan untuk anak-anak Mansoura Manchester
juga adalah dirujuk. Ini adalah kerana anak-anak MedicMesir di Universiti lain
turut perlu mengambil langkah yang sama. Rujuk Link  http://medicmesir.com/2013/06/11/keputusan-mansoura-manchester-tahun-1/
3. Alhamdulillah, hampir kesemua Universiti telah mengumumkan keputusan
akhir tahun, kecuali Program Perubatan, Alexandria University (kedudukan
setakat 7hb Ogos 2013).  TAHNIAH kepada yang BERJAYA, yang kurang
cemerlang atau bagi mereka yang berhadapan dengan Dhur Thani, gunakan PELUANG
KEDUA ini terbaik mungkin. Ummi akan tidak putus-putus mendoakan kejayaan
anak-anak kesemuanya.


4. SLIP PEPERIKSAAN
i. Pelajar mempunyai dua pilihan samada mendapatkan slip peperiksaan
yang dikeluarkan oleh pihak Universiti atau Slip Keputusan yang telah
diterjemahkan oleh pihak EME. Kedua-duanya sah untuk urusan tajaan. Menurut
kebiasaan, penaja boleh menerima salah satu daripadanya dengan disertakan
pengesahan pegawai kerajaan pada salinan keputusan tersebut.
ii. Untuk urusan pengeluaran slip, MedicMesir mempunyai wakil ‘Team
Result’ untuk batch masing-masing. Sila rujuk di FaceBook group batch
masing-masing.
5. PENAJAAN
Secara rata-ratanya, penajaan amat bergantung kepada keputusan Tahun 1
(atau terkini).  Buat masa ini, penajaan
diutamakan kepada mereka yang memperolehi keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan. 
Bagaimanapun,
apa jua keputusan Imtihan sekalipun, kalian mestilah mengambil peluang untuk
memohon apa jua tajaan yang terbuka. Ini adalah kerana, mengikut sebelum ini,
ada jua pelajar yang Maqbul memperolehi tajaan samada JPA atau MARA.
5.1 PENAJAAN JPA – PROGRAM SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA
Untuk tahun 2013, tumpuan adalah
kepada tajaan JPA.
 Ini adalah kerana buat masa ini, JPA adalah
sumber terbesar penajaan untuk pelajar-pelajar perubatan yang menuntut di luar
negara. Permohonan secara ONLINE kini dibuka sehingga 18hb Ogos
2013.  Dokumen perlu dihantar selewat-lewatnya 30hb Ogos 2013. Sila MOHON ONLINE
dilink ini.
 
5.2 PENAJAAN PINJAMAN MARA 
i. Seperti yang umum sedia maklum, MARA telah mengeluarkan kenyataan
untuk tidak menaja mana-mana pelajar yang kini menuntut diluar negara.
Kenyataan yang sama  (samada rasmi atau tidak rasmi)  pernah
dikeluarkan 2 atau 3 tahun yang lepas.  Pelajar-pelajar ‘seniors’ agak
faham perkara yang dimaksudkan ini. Bagaimanapun, beberapa kumpulan terutamanya
ibubapa pelajar pada waktu itu telah mendesak kerajaan untuk ‘menilai semula’
perkara tersebut dan mempersoalkan peranan MARA didalam membantu anak-anak
Bumiputra untuk terus maju. Atas desakan ini, akhirnya, bantuan penajaan MARA
diteruskan. Alhamdulillah, hasil nya cukup jelas buat masa kini. Mereka yang
dibantu, sudah pun hampir menamatkan pengajian satu atau dua tahun saja
lagi. 
ii. Bersandarkan slogan kerajaan Malaysia, ‘Rakyat diDahulukan, Pencapaian di Utamakan’,
MedicMesir yakin terhadap dasar-dasar kerajaan untuk terus membantu golongan
Bumiputra mencapai kecemerlangan. 
Maka, pihak MARA atau mana-mana agensi kerajaan lain mesti terus ‘peka’,
‘cakna’ dan  ‘berperanan secara effektif’ untuk memajukan agenda kejayaan
Bumiputra.  Kejayaan ‘Generasi Bumiputra Baru’ ini seharusnya terus
menjadi KPI agensi-agensi yang sedia ada ini.
iii. Alhamdulillah, untuk tujuan ini, MedicMesir telah berhubung
dengan pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM). Isu ini disambut dengan baik
oleh pihak JPM. Oleh itu, MedicMesir telah disaran untuk memajukan permohonan
tajaan MARA terus kepada pihak JPM.  Pihak JPM telah meminta hanya
permohonan pelajar Mumtaz didahulukan. Bagaimanapun, MM akan memajukan
permohonan pelajar ‘Mumtaz dan Jayyid Jiddan’. 
iv. Bagi anak-anak MM yang memperolehi ‘Mumtaz dan Jayyid Jiddan’ dan
berminat, maka, boleh mengemukakan BORANG PERMOHONAN MARA (klik link) dan
cetak 2 salinan dan serahkan ‘terus’ kepada MedicMesir. Sila cetak borang ini mengunakan kertas berwarna
UNGU. Pelajar tidak perlu menghantar salinan ke MARA. Memadai
2 salinan ke MedicMesir. 
(Sampul pos tersebut, sila nyatakan di bahagian kanan belakang sampul
<NAMA><MANSOURA MANCHESTER> <PERMOHONAN MARA 2013> yang akan
dipos ke pejabat MedicMesir . Sila postkan ke MedicMesir , 17-1, Jalan Equine
9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (Tel: 03 8945
9030). Sila hantar selewat-lewatnya 25hb Ogos 2013)
v. Pelajar yang telah menghantar borang MARA ini terlebih dahulu
(terutamanya pelajar Mansoura Manchester), anda tidak perlu membuat apa-apa
tindakan tambahan. Sila ambil maklum, MedicMesir TIDAK BERURUSAN dengan MARA,
tetapi terus ke JABATAN PERDANA MENTERI. 
SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA INI ADALAH USAHA TAMBAHAN
MEDICMESIR dan HAK MUTLAK KELULUSAN ADA DITANGAN PERDANA MENTERI, DENGAN IZIN
ALLAH SWT.
5.3 LAIN-LAIN PENAJAAN
Selain JPA dan MARA, beberapa Kerajaan Negeri turut membuka peluang
pinjaman / biasiswa. Mereka yang berminat boleh membuat rujukan kepada LINK INI.
6. URUSAN NOC
i. Bagi mereka yang tidak mempunyai C semasa SPM, sudah sepatutnya
menerima NOC pada sewaktu sebelum atau awal keberangkatan. 
ii. Bagi mereka yang mempunyai C didalam SPM, anda boleh memohon NOC
dengan mengunakan keputusan Tahun 1. Buat masa ini, pihak KPT telah memberikan
kelulusan NOC kepada mereka yang Jayyid keatas. Bagi kes dimana, keputusan
Tahun 1 anda Jayyid dan NOC pula tidak diluluskan. Sila hantar rayuan anda
kepada jabatan berkenaan.  Ini adalah kerana, pihak JPT telah banyak
meluluskan NOC bagi mereka yang Jayyid.
iii. Sila muat turun Borang
Permohonan NOC disini 
dan sertakan bersama dokumen-dokumen yang diminta
termasuk, Surat Tawaran dan Keputusan Tahun 1. Untuk urusan ini, anda perlu
menghantar terus ke KPT. Jika terdapat sebarang permasalahan, sila berhubung
dengan Cik Farah di talian 0193653444.
7. PEMANTAUAN MEDICMESIR 
i. Untuk memudahkan urusan pematauan tajaan ini, mohon kerjasama agar
dapat mengisi BORANG MAKLUMAT TAJAAN
di link ini.
 (Bagi anak-anak Mansoura Manchester yang telah mengisi sebelum
ini, sila isi sekali sahaja)
MEDICMESIR mendoakan agar segala usaha ini memberi natijah yang terbaik.
Syukran semua atas sokongan terhadapa MedicMesir. Semoga kalian akan lebih
berjaya dimasa hadapan. Ameen.
Salam,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *