URUSAN ‘REFUND’ PELAJAR ‘INTAKE 2013’ – PLAN B

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada makluman mengenai nya yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang pada pertengahan Ogos 2013.

2. Alhamdulillah, semua pelajar sesi 2013 yang memilih Pilihan A telah sampai dibumi Mesir untuk meneruskan pengajian didalam bidang masing-masing. Semoga dipemudahkan segala urusan pengajian mereka disana.

3. Bagaimanapun, MedicMesir memberi pilihan B kepada ibubapa/pelajar untuk memilih pengajian didalam Universiti tempatan pada pertengahan Ogos 2013. Seperti yang dimaklumkan, MedicMesir akan memulangkan sebahagian wang yang telah dibayar bagi mereka yang memilih Pilihan B ini. 

4. Oleh itu, LINK ini disediakan untuk mengumpulkan maklumat agar proses ini boleh dibuat. MedicMesir akan mengambil masa selewat-lewatnya 1hb Januari 2014 untuk menyelesaikan semua urusan ini.

5. Sila ambil maklum bahawa nama anak2 Sesi 2013 semua telah diluluskan dan masih ada di pihak Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.  Oleh itu, Bagi pelajar yang ‘last minute’ berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir, InshaAllah, satu kumpulan terakhir akan bertolak pada 3hb November 2013 dengan penerbangan Egypt Air jam 955 malam.  Jika anda berminat, sila berhubung melalui email di medicmesir@gmail.com atau terus ke talian 019 6206167 (UmmiMM) untuk urusan lanjut. 

6.  Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 untuk meneruskan pengajian dimanapun mereka berada. Semoga mereka menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *