MyMaster: Tambahan pelajar babitkan semua bidang – Idris

PUTRAJAYA: Pengambilan tambahan 20,000 pelajar yang menyertai program MyMaster dan MyPhd akan merangkumi semua bidang pengajian termasuk sastera, sains dan teknologi,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, tambahan terbabit iaitu 15,000 MyMaster dan 5,000 MyPhd, sekali gus menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan pendidikan dalam masa susah atau ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi. 

“Ini adalah modal insan untuk negara dan ia perlu diteruskan. Kementerian bersyukur dengan pengumuman pengubahsuaian kali ini di mana kami (Kementerian Pendidikan Tinggi) mendapat tambahan peruntukan RM300 juta. 

“Malah, peruntukan bagi PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebanyak RM5 bilion juga diteruskan dan ia nyata memberi manfaat kepada ramai pelajar,” katanya ketika ditemui, di sini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan langkah pengubahsuaian Bajet 2016, di sini menyatakan bahawa kerajaan bersetuju dengan tambahan 15,000 pelajar baharu program MyMaster dan 5,000 pelajar MyPhD. Turut diumumkan, pemberian tawaran kepada 300 pelajar di bawah Skim Latihan Akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/119004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *