PROSEDUR PEMBAHARUAN VISA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

    Jabatan Imigresen Republik Arab Mesir akan memperkenalkan urusan pembaharuan visa pelajar Malaysia di pejabat Imigresen di Buuth, melalui wakil visa yang diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bermula pada 15 Februari 2016. Dasar ini dibuat ekoran jumlah pelajar Malaysia yang ramai, serta kakitangan dan kelengkapan pihak Imigresen Mesir yang terhad.


    Sehubungan dengan itu pihak KBMK telah mewujudkan “Standard Operating Procedure (SOP) bagi dijadikan panduan dalam urusan pembaharuan visa. SOP tersebut boleh dirujuk di website Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (www.kln.gov.my/web/egy_cairo/home) dan Website Education Malaysia Egypt (www.emegypt.net
Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada En. Azmi Muhamad (+201159244055) dan En. Mohd Husaini Zainuddin (+201155511617).

Artikel daripada:https://www.facebook.com/eme.net.eg/?fref=nf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *