UAE tawar gaji lumayan pada graduan Malaysia
UAE tawar gaji lumayan pada graduan Malaysia: Emiriah Arab
Bersatu (UAE) menawarkan gaji lumayan kepada graduan Malaysia yang ingin
berkhidmat di negara yang paling pesat membangun di dunia itu.
 Menurut penasihat kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Prof. Emeritus
Datuk Dr. Kamarudin Hussin, UAE memerlukan ramai jurutera khususnya dalam
bidang minyak dan gas serta perbankan Islam pada masa hadapan.
Di Fujairah, yang menjadi nadi pengeksportan minyak dan gas
di UAE, hanya mempunyai kira-kira 100 jurutera pakar.
“Justeru peluang ini harus direbut graduan Malaysia untuk
ber­khid­mat di Fujairah dan menerima gaji lumayan serta mengembangkan
kepakaran bersama UAE.
“Kita juga melihat universiti awam dan swasta khususnya
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia turut berpotensi
untuk menjalin hubungan dan kepakaran dalam bidang terbabit,” kata beliau.

Credit to: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *