Tawaran Skim Biasiswa Yayasan TH 2017 untuk Lepasan SPM 2016

Tawaran skim Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM 2016 daripada Yayasan Tabung Haji Malaysia telah pun dibuka.

Orang ramai yang mempunyai kelayakan seperti mempunyai keputusan minima 7A dalam SPM boleh memohon.

Antara bidang yang dianjurkan ialah:

*Sains Kejuruteraan
Teknologi Maklumat,Sains,Fizik, Sains Teknologi Makanan,Arkitek dan semua bidang kejuruteraan

*Perniagaan
Perbankan,Kewangan,Korporat,Perakaunan,Pelaburan,Aktuari,Hospitaliti,Pemasaran,Ekonomi,Pengurusan Harta

*Umum
Semua bidang dalam pengajian Islam ,Komunikasi,Psikologi,Perladangan,Sumber Manusia,Undang-Undang

*Proffesional 
CIMA,ACCA,CPA,ICSA,MACPA

Kritirea Calon
*Pendeposit TH
*Pendapatan isi rumah dibawah RM2500
*Berumur tidak lebih 19 tahun semasa membuat permohonan atau mendapat tawaran
*Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi, atau mana mana Institusi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara secara sepenuh masa
*Berstatus Bujang
*Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan Panel Doktor yang dilatik YTH
*Tidak mempunyai rekod jenayah
*Aktif dalam kokurikulum dan berketerampilan sebagai pemimpin serta mempunyai komunikasi yang baik.

Borang permohonan lanjut boleh didapati di
http://www.tabunghaji.gov.my/yayasan-th

Dah download borang?Hantarkan ke alamat berikut

YAYASAN TABUNG HAJI
Lantai 27,Bangunan Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tabung Haji Contact Centre (THCC) :03-62071919


Credit to :  http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/04/biasiswa-yayasan-tabung-haji-2017.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *