Ada anak kecil ketika berada dalam tahun akhir sebagai pelajar Doktor Perubatan bukanlah penghalang kepada kejayaan mereka.

TAHNIAH!!!

Mari ikuti perkongsian daripada pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil ini yang berjaya bergraduasi sebagai Doktor Perubatan di UNIMAS baru-baru ini.

Nama: Nur Syafiqah binti Mohd Radzuan
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
Asal: Kuantan, Pahang
Kata-kata inspirasi: It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.

Nama: Mohammad Azwan bin Hassim
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
Asal: Muar, Johor
Kata-kata Inspirasi: All is well, All is well

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi IKRAM Siswa sesi 2013/2014

———————

1. Tips belajar
Mindset mesti jelas kenapa belajar medik. Elakkan belajar pada saat-saat akhir. Bila mula sahaja posting baru, terus baca dan hadamkan case-case yang biasa di wad. Rajinkan diri pergi hospital untuk clerk case, buat physical examination dan lakukan procedure yang simple. Jangan malu bertanya kepada pensyarah, doktor-doktor dan jururawat di wad. Selalu buat case discussion dengan kawan-kawan. Jika jumpa case yang menarik, jangan kedekut untuk kongsi dengan kawan-kawan. Semakin kita kongsi ilmu dengan orang, semakin bertambah-tambahlah kefahaman kita. Dua minggu sebelum exam, buat study group. Rangka jadual untuk belajar topik apa. Jika malam tu dicuss penyakit diabetes, keesokannya cari pesakit diabetes di wad untuk praktis buat history taking dan physical examination. Dalam kereta atau di kedai makan, selalu discuss kes-kes yang menarik. Elakkan buang masa dengan perbualan kosong.

2.Time management
Bila sudah berumahtangga dan mempunyai anak kecil, sudah tentu ia bukan perkara yang mudah bagi seorang pelajar perubatan. Manfaatkan masa sepenuhnya untuk study ketika anak di rumah pengasuh. Walaupun hari tersebut tiada kelas, tetap hantar anak ke rumah pengasuh. Waktu malam adalah bonding time dengan anak. Untuk memudahkan kami mengulangkaji pada waktu malam, perlu disiplinkan waktu tidur anak. Waktu siang adalah waktu dia bermain dan waktu malam adalah waktu untuk tidur. Jika keesokannya giliran suami present case,isteri perlu jaga anak supaya suami dapat fokus siapkan case. Begitu juga sebaliknya dengan isteri.

3. Pembahagian masa antara program dakwah@usrah vs belajar

Kedua-duanya adalah prioriti. Jika ada usrah atau program hujung minggu, kena pastikan study awal dan siapkan tugasan yang perlu di siapkan. Jika malam tersebut ada usrah dan esoknya perlu present case, make sure cari case awal-awal dan prepare betul-betul sebelum usrah. Jika perlu, boleh discuss dengan groupmate untuk present case pada hari lain yang tidak clash dengan usrah .

4. Cabaran sepanjang pengajian
Cabaran terbesar kami ialah mempunyai anak yang masih kecil dan pada masa yang sama jadual final year sangat padat. Anak pula bergantung dengan susu ibu. Sambil study, sambil susukan anak. Setiap malam sebelum tidur perlu cuci dan sterile kan peralatan mengepam susu yang memakan masa agak lama. Jika anak menangis perlukan perhatian, utamakan anak dulu walaupun esoknya ada exam penting. Tawakal pada Allah itu yang utama. Kena banyak doa dan yakin akan pertolongan Allah.

5.Kenangan manis bersama harmoni/dakwah
Mengenali ikhwah akhawat yang sentiasa bersemangat melaksanakan kerja-kerja dakwah walaupun mereka jauh lebih sibuk dan mempunyai masalah peribadi tersendiri.

6. Cita-cita
Jika diizinkan, ingin sambung master dalam bidang Family Medicine untuk menjadi pakar perubatan keluarga .

7. Ucapan kepada Persatuan Belia Harmoni Sarawak & ahli-ahlinya
Walaupun sudah beberapa kali mengalami kegagalan, bangkitlah dari rasa putus asa. Kejayaan itu sentiasa menanti kita samada cepat atau lambat sahaja. Sehebat mana pun ujian yang melanda, hadapinya dengan penuh keazaman untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. InshaAllah.

 

Credit: https://www.facebook.com/beliaharmonisarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *