KKM benarkan doktor cuti tanpa rekod 14 hari bantu misi kemanusiaan

KUALA¬†SELANGOR¬†–¬†Kementerian¬†Kesihatan¬†(KKM)¬†memberi¬†kelonggaran¬†kepada¬†doktor¬†perubatan kerajaan¬†khususnya¬†pakar¬†bedah¬†untuk¬†mengambil¬†cuti tanpa¬†rekod¬†bagi¬†menjadi¬†sukarelawan¬†dalam misi kemanusiaan ke negara¬†bergolak.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkeky Ahmad berkata kelonggaran itu diberikan kerana kementerian mempunyai dasar membenarkan kumpulan profesional berkenaan bercuti selama 14 hari bagi menawarkan khidmat kepakaran mereka kepada golongan memerlukan.

“Secara¬†prinsipnya,¬†kita¬†ada¬†dasar¬†membenarkan¬†mereka¬†mengambil¬†cuti¬†tanpa¬†rekod¬†bagi¬†tujuan berkenaan¬†malah¬†telah¬†menjadi¬†antara¬†prosedur¬†operasi¬†standard¬†(SOP)¬†kita¬†dalam¬†perkhidmatan.

‚ÄúNamun, mereka mesti bergerak menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dan diikfiraf kerajaan,‚ÄĚ katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‚ÄėTabung Medical4Gaza‚Äô anjuran Humanitarian¬†Care¬†Malaysia¬†(MyCARE)¬†dan¬†pasar¬†raya¬†Econsave¬†Cash¬†and¬†Carry,¬†di¬†sini,¬†hari¬†ini.

Mengulas mengenai keperluan perubatan di Gaza, Palestin, Dr Dzulkeky berkata setakat ini, hampir 6,000 rakyat di negara bergolak itu sedang menantikan pelbagai prosedur pembedahan dan kerajaan amat menggalakkan lebih banyak NGO tampil menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan.

Beliau berkata pelbagai jenis ubat-ubatan khususnya peralatan perubatan terkini amat diperlukan rakyat Palestin dan KKM bersedia berbincang dengan mana-mana NGO yang mahu menggalas tugas untuk menyalurkan bantuan berkenaan.

Selain itu, Dr Dzulkeky berkata kementerian juga menyasarkan untuk mewujudkan latihan bersesuaian kepada doktor dan pakar bedah dalam jangka panjang supaya mereka dapat memenuhi tuntutan perkhidmatan perubatan di negara bergolak.

Ditanya mengenai usaha kerajaan untuk memastikan bantuan perubatan dihantar dari Malaysia sampai kepada rakyat di negara bergolak itu, beliau berkata pendekatan bersifat diplomasi dengan negara jiran Palestin harus dilakukan bagi menjayakan tujuan tersebut.

‚ÄúMelalui agenda diplomasi (antara Malaysia dan Mesir), kita harap dapat jalinkan persefahaman (dengan Mesir) untuk sama-sama mengangkat agenda kemanusiaan, sefidak-fidaknya mengizinkan NGO kita melepasi Rafah untuk hantar ubat-ubatan dan sebagainya kepada rakyat Palestin yang memerlukan,‚ÄĚ katanya.

Terdahulu pada majlis pelancaran itu, pasar raya Econsave menyalurkan RM1.2 juta kepada tabung berkenaan yang disasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM3 juta pada akhir tahun depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekufif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata selain misi mengutip dana bagi menampung keperluan perubatan rakyat Palestin, pihaknya juga akan menghantar sepasukan pakar perubatan sukarelawan ke lokasi itu secara berperingkat.

Beliau berkata antara pakar perubatan amat diperlukan di Gaza adalah berkaitan ortopedik dan lima ke 15 doktor disasar dihantar ke lokasi itu untuk berkhidmat selama 10 hingga 15 hari.

“Keperluan perubatan amat mendesak di Gaza yang mana kos bagi merawat seorang pesakit sekitar RM600 hingga RM1,200 malah bekalan ubat-ubatan juga amat krifikal pada masa ini.

‚ÄúDisebabkan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada tabung berkenaan dan jika jumlahnya dicapai sebelum tempoh sasaran, kami akan hantar bantuan segera kerana mereka amat memerlukan,‚ÄĚ katanya.

Orang ramai yang prihatin untuk membantu rakyat di negara bergolak boleh menyalurkan sumbangan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank 551575004299; akaun CIMB Islamic Bank 8602135592 atau akaun Bank Islam 12092010034904.- Bernama

 

Credit : https://www.sinarharian.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *