Doktor ?

Karier yang mulia

Kerjaya seorang doktor adalah antara yang diminati ramai.  Profesion doktor mempunyai nilai nya yang tersendiri yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.  Hakikatnya, sumbangan doktor amat bermakna dan menyebabkan golongan doctor mempunyai imej yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.  Pendapatan yang lumayan bukanlah faktor tarikan utama, walaubagaimanapun kehidupan doktor selalu dikaitkan dengan kehidupan yang selesa dan terjamin.

 

Kekurangan doktor PAKAR dimana-mana

WHO menetapkan nisbah 1:600, bilangan doktor kepada jumlah penduduk untuk negara membangun.  Pada masa ini nisbahnya bagaimanapun tidak seimbang dimana negeri seperti Kelantan masih pada tahap 1:2248 dan Sabah / Sarawak 1:1700.   Bagaimana pun kerajaan Malaysia mensasarkan nisbah 1:400 menjelang 2020.  Maka, dengan itu doktor masih diperlukan dan kekurangan amat dirasakan terutamanya dikalangan orang Islam.   Bagaimanapun, sasaran MedicMesir adalah kepada meramaikan ‘Doktor Pakar’ yang masih ditahap yang begitu rendah, terutamanya dikalangan umat Islam. Walaupun di akhir – akhir ini penempatan HO agak lewat, ini sebenarnya berpunca daripada kekurangan tempat / hospital latihan dan doktor pakar yang layak untuk mengendalikan latihan khas ini.