MESIR merupakan antara pilihan terbaik khususnya bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang Perubatan.  Faktor-faktor berikut adalah asas utama kepada pilihan ini:-

  1. Pengajian 5 tahun untuk Perubatan (bukan lagi 6 tahun).
  2. Ini adalah peluang baik bagi yang telah menamatkan Asasi / Matrikulasi / A-Level kerana peluang kemasukan ke IPTA amat terhad. Hanya yang hampir dengan CGPA 4.0 atau setarafnya layak mendapat tawaran kursus perubatan. Ramai pelajar kategori ini ditawarkan kursus selain dari perubatan dan akhirnya cita-cita menjadi Doktor tidak kesampaian.
  3. Lulusan SPM boleh mengikuti program Asasi Sains terlebih dahulu.  Sila hubungi pejabat kami untuk keterangan lebih lanjut.
  4. Manakala untuk program Pergigian dan Farmasi kelayakan kemasukan adalah pencapaian minima B dalam subjek Bio, Fizik, Kimia, Maths, Add. Math, BM, English dan Sejarah pada peringkat SPM
  5. Kos sara hidup amat rendah serendah RM500 sebulan sudah memadai.
  6. Kadar tukaran semasa wang bersamaan RM1 = 4LE
  7. Pengajian perubatan di Mesir lebih murah jika dibandingkan dengan di Rusia, India dan Indonesia.
  8. Pengajian 100% dalam Bahasa Inggeris. Tiada kemahiran Bahasa Arab diperlukan.
  9. Bumi Mesir menyediakan pelbagai sudut untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat. Oleh itu pelajar berpeluang membentuk diri sebagai Doktor Muslim yang lebih bermanfaat kepada ummah.
  10. Pelajar perubatan Mesir yang sudah bergraduat dan kini berkhidmat di Malaysia sudah menjangkau 4000 orang.
  11. Kini, pelajar Malaysia yang masih menuntut di Mesir masih ramai dan ini menyebabkan pelajar baru akan berasa selesa dengan suasana di Mesir.

Call Now Button