Kami menyediakan perkhidmatan membayar yuran tahunan universiti.  Berikut adalah prosidur yang perlu di fahami dan ikuti.

1. Kadar yuran adalah USD8000 setahun untuk semua Universiti kecuali Universiti Al-Azhar, Tahun 1 iaitu USD2000.

2. Yuran hendaklah dibuat ke akaun diatas dan dimaklumkan bayaran secara email. Makluman secara Whatsapp tidak dikira sebagai rasmi.

3. Perkhidmatan Bank Deraf (BD) ini PERCUMA buat semua pelajar di Mesir. Termasuk untuk pelajar dari agensi lain.

4. Kadar tukaran bertukar setiap hari (Isnin – Jumaat) pada jam 10 pagi. Oleh itu, semua transaksi yang dibuat perlu diemailkan sebelum jam 1 tengah hari. Apa jua yang diemail selepas jam 1 tengah hari, dikira sebagai menggunakan kadar tukaran esok hari ( Cut Off Time ).

5. Jika ada pengurangan atau lebihan, MM akan memaklumkan kepada pembayar setelah transaksi BD selesai.

6. Bermula 1hb Disember 2018, MM mengenakan Caj perkhidmatan sebanyak RM100 untuk setiap BD yang dibuat sendiri oleh IbuBapa.. *Tiada Caj dikenakan bagi BD yang dikeluarkan oleh KWSP.

7. Khidmat ini juga, memudahkan urusan IbuBapa tanpa perlu bersusah payah membuat BD sendiri. Kadar yang diguna pakai adalah sama dengan kadar di kaunter Bank. Malahan, penjimatan sebab tiada kos komisyen dan penghantaran ke Mesir.

8. Semua resit bayaran oleh MM dan pengesahan dari Universiti akan diberikan secara email.

9. MM juga menyediakan yuran “in advance” di Malaysia dan menghantar ke Mesir sebagai stok simpanan MM. Sekiranya stok BD tiada, yuran akan dibuat di Malaysia pada hari yg sama dan dihantar segera ke Mesir.

Sekian , terima kasih.

Semoga dipermudahkan
ShidaMM

? Alamat Pejabat Medic Mesir :
C-7-3 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,

☎ Office : (+603-89229122 / +603-89229022)

Call Now Button