MedicMesir menyediakan urusan penginapan dimana pelajar akan ditempatkan dirumah-rumah sewa yang berhampiran dengan Universiti.  Agensi ini juga bertanggungjawab menyediakan kelengkapan alatan rumah seperti katil, tilam, bantal, almari, kerusi, meja, kipas, dapur, gas, peti ais, alat pemanas air serta alatan kelengkapan rumah yang dipohon oleh pelajar.

Turut di sediakan adalah pusat yang dikenali sebagai Academic Centre di blok-blok penginapan ditempat kediaman blok penginapan pelajar atau di kediaman berhampiran.  Ini merupakan pusat untuk aktiviti akademik dan ko-korikulum pelajar yang ditadbir sendiri oleh persatuan pelajar yang peruntukannya ditanggung oleh MedicMesir di setiap Muhafazah/Universiti.

Call Now Button