SOALAN LAZIM

SOALAN-SOALAN LAZIM

1) Profil MedicMesir
i.  Bilakah MedicMesir ditubuhkan?
MedicMesir ditubuhkan pada tahun 2008.

ii.  Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MedicMesir?
MedicMesir menawarkan perkhidmatan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Perkhidmatan ini dari segi permohonan, penginapan, visa, mencari tajaan dan lain-lain.

iii.  Adakah universiti yang diuruskan oleh MedicMesir diiktiraf MMC?
Ya, diiktiraf MMC(lawat laman web: http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ @ www.mma.org.my)

2) Permohonan/Kelayakan Minima

i. Bilakah tarikh permohonan dibuka?
Permohonan dibuka bermula bulan Januari sehingga September setiap tahun.

ii.  Bilakah tarikh tutup permohonan?
Akan di maklumkan dari masa ke semasa

iii. Adakah semua permohonan akan diterima dan dihantar ke Mesir, atau ada sebarang proses penapisan?
Kami akan memfokuskan pelajar yang memenuhi syarat minima dan yang telah mendaftar dahulu dengan pihak kami untuk meneruskan permohonan mereka.

iv.  Apakah kelayakan minima untuk memohon untuk  membuat medic di Mesir?
Syarat minima adalah B atau B4 didalam 8 matapelajaran (Biologi/ Fizik/Kimia/Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris/ Sejarah)

v.   Jikalau syarat kelayakan minima tidak mencukupi, adakah saya masih boleh memohon?
Syarat minima adalah B atau B4 didalam 8 matapelajaran, jika tidak, pelajar tidak layak memohon.

vi.  Apakah had maksimum umur untuk memohon?
Tiada had maksimum umur bagi universiti di Mesir kecuali Universiti Al Azhar yang hanya menerima pelajar lepasan SPM 3 tahun dari tahun semasa. Contoh, bagi pengambilan pelajar tahun 2018, hanya pelajar lepasan SPM 2017 / 2016 / 2013 sahaja yang diambil.

 

3) Penginapan/Rumah Sewa

i.    Adakah pihak MedicMesir menguruskan berkenaan rumah sewa pelajar?
Ya, MedicMesir juga menguruskan penempatan rumah sewa pelajar.

ii.   Siapakah yang patut pelajar hubungi jika berlaku sebarang masalah mengenai rumah sewa?
Pegawai kami di Mesir

iii.  Berapakah kos yang diperuntukkan oleh pelajar untuk mendapatkan rumah sewa?
Kos yang diperuntukkan untuk mendapatkan rumah sewa sebanyak RM2,500(melalui perkhidmatan MedicMesir).

iv.  Berapakah jarak antara rumah sewa dengan tempat kuliah?
Jarak rumah sewa dan kuliah adalah dekat.

v.    Adakah rumah sewa menyediakan kelengkapan yang secukupnya?
Ya, kelengkapan rumah disediakan seperti perabot dan peralatan elektrik.

vi.   Sekiranya saya tidak selesa dengan tempat penginapan yang disediakan, adakah saya boleh memohon untuk pertukaran tempat penginapan?
Ya, boleh.

vii.  Siapakah yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan semasa berada di sana?
Pelajar boleh hubungi pejabat MedicMesir

viii.  Adakah terdapat pengangkutan awam di sana?
Ya.

 

4) Program Pengajian

i.   Apakah pilihan program dan berapakah jangka masa pengajian yang ditawarkan?
Perubatan (6 Tahun), Pergigian dan Farmasi (5 Tahun).

ii.  Adakah semua universiti yang diiktiraf JPA menawarkan pilihan program yang sama?
Perubatan (Universiti Alexandria/ Ainsham/ Cairo/ Al-Azhar/ Mansoura/ Tanta/ Zagazig)
Pergigian (Universiti Al-Azhar/ Tanta/ Alexandria/ Mansoura/ Ainsham/ Assiut).
Farmasi (Universiti Zagazig/ Mansoura/ Alexandria).

iii.  Boleh atau tidak saya menukar program pengajian jika saya sudah mendaftar dan membuat pembayaran awal?
Ya, boleh.

iv.  Apakah bahasa yang digunakan semasa proses pembelajaran?
100% dalam Bahasa Inggeris

v.   Bolehkah pihak MedicMesir mendapatkan silibus program pengajian secara terperinci?
Pelajar akan mendapat silibus pengajian secara terperinci setelah pendaftaran dibuat.

 

5) Tiket Penerbangan/Visa Pelajar

i.   Adakah MedicMesir menguruskan tiket penerbangan pergi dan balik untuk pelajar?
Ya, pihak MedicMesir akan menguruskan tiket penerbangan pergi manakala tiket penerbangan balik selalunya diuruskan pelajar sendiri

ii.            Bilakah jangkaan tarikh pelajar berangkat ke Mesir?
Pelajar akan berangkat ke Mesir pada pertengahan bulan September.

iii.            Adakah terdapat tajaan untuk tiket penerbangan? Jika ada, apakah syarat untuk mendapat tajaan tersebut?
Ya, terdapat tajaan untuk tiket penerbangan. Syarat tajaan bergantung kepada kelayakan pelajar.

iv.            Negeri mana yang memberikan tajaan tiket kapalterbang?
Negeri yang memberi tajaan tiket kapal terbang ialah Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

v.            Berapakah kos tiket penerbangan untuk seorang pelajar?
Kos tiket adalah sekitar RM2,500.

vi.            Adakah MedicMesir menguruskan visa pelajar?
Ya, MedicMesir juga menguruskan visa pelajar.

vii.            Bilakah visa akan diperolehi?
Visa akan dimohon dari Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur dan juga diperolehi secara ON ARRIVAL semasa tiba di lapangan terbang Mesir dan dilanjut sebaik sahaja sampai di universiti masing-masing.

6) Wang Saku Pelajar

i.            Berapakah anggaran belanja untuk sebulan yang diperlukan semasa berada di sana?
RM 400 (1,600 LE) bagi pelajar Universiti Al-Azhara/Alexandria.
RM 300 (1,200 LE) bagi pelajar Tanta/ Mansoura/Zagazig.

 

7) Yuran

i.   Berapakah yuran pendaftaran yang perlu dibayar, sekiranya ada.
Tidak ada yuran pendaftaran tetapi perlu membayar deposit sebanyak RM 900.

ii. Berapakah kos yuran pengajian?
* Universiti Alexandria & Universiti Mansoura
Yuran tahunan USD8000
( Boleh bayar 2 kali iaitu USD4000 pada awal bulan Oktober
dan baki USD4000 pada bulan Februari )

* Universiti Al-Azhar
Yuran Tahun pertama USD2000 pada bulan Oktober.
Tahun berikutnya USD8000

* Universiti Tanta
Yuran tahunan  USD8000 setiap tahun.

iii.  Bagaimanakah cara pembayaran yuran?
Sediakan Bank-draf atau minta MedicMesir uruskan penyediaan Bank-draf.  Sila bank-in amaun mengikut kadar tukaran pada hari bayaran di buat.

iv.   Akaun bank apa yang perlu pelajar buka untuk berurusan di sana?
Bank HSBC dan Maybank dan perlu aktifkan online banking.

v.   Jika bayaran telah dibuat ke akaun MedicMesir, apakah proses seterusnya yang dilakukan?
Emailkan resit transaksi ke medicmesir@gmail.com

 

8) Program Persediaan

i.   Apakah program persediaan sebelum ke Mesir?
Program Persediaan (preMEDIC) iaitu program kuliah perubatan dan Bahasa Arab.

ii.  Adakah pelajar perlu melalui apa-apa ujian untuk menyambung pengajian ke Mesir?
Pelajar tidak perlu melalui apa-apa ujian melainkan mencukupi syarat minima yang ditetapkan dan terdapat kekosongan di universiti yang dipilih.

iii.   Adakah kelas bahasa Arab disediakan sebagai langkah persediaan sebelum berangkat ke universiti?
Dalam program preMEDIC yang dijalankan, terdapat kuliah Bahasa Arab. Walaubagaimanapun, tiada kemahiran Bahasa Arab diperlukan.

 

9) Lain-lain

i.   Siapakah yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan?
Pelajar boleh hubungi pejabat MedicMesir atau  Dr Ahmad 013- 3061313, UmmiMM 019-6206167, Encik Fakrul 019-7586167, Cik Nadirah 013-3023030 untuk sebarang pertanyaan

ii.  Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan MedicMesir berbanding agensi lain?
MedicMesir adalah sebuah agensi penghantaran pelajar ke luar negara khususnya ke Mesir dan telah beroperasi 10 tahun yang lalu. Mempunyai pengalaman luas mengenai segala urusan berkaitan penempatan, pengangkutan dan penginapan pelajar. Khidmat juga menjurus kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik dianjurkan sepanjang tempoh pengajian.

iii.  Adakah bayaran yang telah dibuat boleh dituntut kembali?
MedicMesir mengamalkan polisi bayaran tidak boleh dituntut kembali. (non-refundable policy)

iv.  Setelah sampai di Mesir, adakah akan ada wakil dari pihak MM untuk menjemput dan membawa pelajar ke tempat penginapan mereka?
Ya, ada pihak MedicMesir yang akan menjemput dan membawa pelajar ke tempat penginapan mereka.

v.     Adakah MedicMesir akan menguruskan penghantaran barang pelajar ke Mesir?
Ya, MedicMesir akan uruskan. Caj penghantaran ialah RM60/kg.