VISA

MedicMesir akan menguruskan VISA sebelum berangkat ke Mesir.  Bagi kes-kes permohonan akhir, pelajar akan hanya memperolehi Visa mengikut proses pemberian “VISA ON ARRIVAL” setibanya di Mesir.  Tempuh pemberian ini lazimnya untuk 3 bulan sahaja.  Lanjutan Visa akan di buat di Mesir.

Setiap muhafazah / universiti mempunyai aturan proses lanjutan VISA yang berbeza.  Oleh itu semua pelajar dinasihati untuk mengikuti arahan dari masa ke semasa oleh pihak MedicMesir.  Lanjutan VISA hanya boleh di pohon setelah universiti mengeluarkan tasdiq kuliah (pengesahan pendaftaran). Pengesahan ini hanya akan dikeluarkan selepas urusan pendaftaran selesai di peringkat kementerian pendidikan Mesir dan bayaran yuran pengajian dijelaskan.   Walaubagaimana pun prosedur lanjutan visa ini tertakluk kepada perubahan dan berbeda-beda antara Universiti.