Karier yang mulia

Kerjaya seorang doktor adalah antara yang diminati ramai.  Profesion doktor mempunyai nilai nya yang tersendiri yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.  Hakikatnya, sumbangan doktor amat bermakna dan menyebabkan golongan doctor mempunyai imej yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.  Pendapatan yang lumayan bukanlah faktor tarikan utama, walaubagaimanapun kehidupan doktor selalu dikaitkan dengan kehidupan yang selesa dan terjamin.

 


Kekurangan doktor PAKAR dimana-mana

WHO menetapkan nisbah 1:600, bilangan doktor kepada jumlah penduduk untuk negara membangun. Pada tahun 2015, nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia adalah pada satu doktor bagi setiap 650 pesakit. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia mensasarkan nisbah 1:400 pada 2020.  Maka, dengan itu doktor masih diperlukan dan kekurangan amat dirasakan terutamanya dikalangan orang Islam.   Bagaimanapun, sasaran MedicMesir adalah kepada meramaikan ‘Doktor Pakar’ yang masih ditahap yang begitu rendah, terutamanya dikalangan umat Islam. Walaupun mutakhir ini penempatan doktor pelatih mengambil masa yang agak panjang, ini adalah kerana bilangan hospital yang terhad dan tiada penambahan perjawatan baru dari pihak kerajaan.

Call Now Button