MedicMesir adalah sebuah agensi yang menguruskan penempatan ke universiti awam di Mesir.  Agensi ini mula bertapak pada tahun 2007.  Penghantaran adalah khusus dalam bidang pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. MedicMesir juga bertanggungjawab memohon penempatan tempat pengajian, mengurus hal-hal keberangkatan, pendaftaran dan dokumen berkaitan, menyediakan prasarana dan peruntukan untuk aktiviti akademik dan kegiatan luaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar di pusat pengajian tinggi.  Ini termasuklah aktiviti sukan, lawatan, program-program ilmiah dan seumpamanya.

Call Now Button