Bidang Perubatan

PANDUAN PROGRAM PERUBATAN

Perubatan

Perubatan adalah satu cabang sains kesihatan berkenaan diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit.  Ianya melibatkan amalan penjagaan kesihatan bagi mengekal dan mengembalikan kesihatan seseorang.  Dalam hal ini doktor memainkan peranan penting bagi mempastikan kesihatan sesorang manusia terkawal dan memberi rawatan yang sesuai untuk tujuan tersebut.  Tugas asas bagi seorang doktor ialah memeriksa penyakit yang dihidapi dan seterusnya mencari punca kepada penyakit berkenaan.  Doktor kemudian akan mecadangkan rawatan dan memberikan ubat yang sesuai untuk memulihkan pesakit berkenaan.

Tugas-tugas yang lebih kompleks adalah melibatkan kajian yang lebih mendalam tentang sesuatu penyakit, melakukan pelbagai ujikaji, pembedahan menggunakan pelbagai peranti disamping menggunakan terapi dari segi psikologi untuk memberi ketenangan kepada pesakit.

Oleh yang demikian pengajian doctor perubatan melibatkan pelbagai aspek sains kesihatan untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.  Ini bertujuan menyediakan diagnosis yang tepat dan berkesan.  Seorang doctor perubatan mesti juga berupaya untuk memberi nasihat secara professional dan mengadakan kolibrasi dengan pelbagai pihak pengurusan dan menjalankan penyelidekan kearah menyediakan prasana yang memudahkan masyarakat menerima rawatan.

1. Bidang dan Kepakaran dalam Perubatan

Perubatan merangkumi pelbagai bidang yang antaranya ialah:-

  • Perubatan dalaman
  • Kecemasan
  • Obsterik dan Gynaekologi
  • Peditrik
  • Pembedahan

Kesemua ini memerlukan jangkamasa pengajian serta pengalaman kerja yang lama untuk memperolehi kepakaran dalam bidang-bidang tersebut.

2. Subjek Yang Perlu diambil Untuk Memasuki Pengajian Perubatan

Untuk mengikuti pengajian perubatan, anda perlu mengambil subjek berikut di peringkat SPM atau setara sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak MMC (Malaysian Medical Council’s). 

  • Biologi,
  • Kimia,
  • Fizik dan
  • Matematik/Matematik Tambahan

Di peringkat STPM, A-Level atau setara anda perlu mengambil subjek

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

Anda juga perlu mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

3. Kelayakan Untuk Memasuki Pengajian Perubatan

Berikut adalah kelayakan umum melayakkan anda mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.

  • A-Level:BBB, ABC or AAC (Biology, Chemistry and Physics or Mathematics)
  • STPM:BBB, ABC or AAC (Biology, Chemistry and Physics or Mathematics)
  • Australian Matriculation:Minima ATAR 80 termasuk purata 80% (Biology, Chemistry and Physics or Mathematics)
  • Asasi Sains atau Matrikulasi:Minima CGPA 3.00 (Biologi, Kimia dan Fizik atau Mathematik; dan 5Bs dalam SPM (atau setara) termasuk Biologi, Kimia, Fizik dan Mathematik atau Mathematik Tambahan

4. Pengajian Perubatan

i) Subjek-subjek yang dipelajari

Secara umumnya pengajian perubatan terbahagi kepada 2 fasa.

Fasa I – Latihan pre-klinikal

Fasa ini memberi penumpuan kepada bidang akademik di mana akan mengikuti kuliah mengenai teori-teori asas dalam sains perubatan.  Antara subjek yang akan anda ikuti adalah seperti berikut:-

  • Anatomi
  • Bio-kimia
  • Microbiologi
  • Pharmakologi
  • Patologi

Fasa II – Latihan Klinikal.

Fasa ini memberi penekanan latihan secara langsung di hospital dan klinik.  Pelajar diberi pendedahan kepada pesakit dan peralatan untuk rawatan di pelbagai disiplin seperti perubatan umum, peditrik, pembedahan, perubatan dalaman.

ii) Jangkamasa pengajian perubatan

Kebiasaannya 5 tahun.

iii) Kos pengajian

Secara umum kos pengajian adalah tinggi khususnya di Malaysa adalah antara RM250K – 650K.

5. Laluan Pengajian dan Kerjaya Perubatan di Malaysia

  • SPM / Setara
  • Mengikuti pengajian sarjanamuda Perubatan (MBBS) selama 5 tahun
  • Bertugas sebagai doctor pelatih (HO – Housemanship) selama 2 tahun (wajib tamat dengan jaya)
  • Bertugas sebagai Pegawai Perubatan (MO) untuk memperolehi pengalaman dalam memberikan diagnosis dan rawatan dalam pelbagai disiplin.
  • Bergelar Doktor Pakar (Peditrik, Gynakologis, Jantung, dll – berasas pengalaman bertugas sekitar 4-5 tahun dan melepasi peperiksaan kelayakan tertentu dan dibawah pengawasan doctor pakar selama 2-4 tahun.
  • Mendaftar dengan MMC untuk disahkan sebagai doktor pakar.

Bermula selepas SPM anda mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun sahaja untuk bergelar doktor pakar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Universiti Pilihan
di Mesir

Universiti Pilihan
di Malaysia

Call Now Button