
14 tahun lepas sejak memegang amanah memenuhi inspirasi anak-anak yang bercita-cita menjadi doktor serta hasrat IbuAyah masing-masing.
Pelbagai tribulasi.
Namun hati ini tidak pernah putus asa dan terus istiqamah sehingga anak2 berjaya bergelar Doktor. Bukan pada gelaran, tetapi sebagai tanda anak-anak kini layak dan sedia memberi khidmat buat ummah.
Alhamdulillah, kini ribuan sudah menabur bakti dan akan terus melakar kejayaan dibidang perubatan.
Semoga kalian terus kuat dan sabar didalam perjuangan yang sangat mencabar ini.
Jazakumullahukhairan kathira atas sokongan dan membantu memudahkan segala urusan anak-anak ini.
Semoga jalan ini menjadi asbab memberatkan timbangan kita semua dihadapan Allah swt nanti. Ameen Allahumma Ameen.
Selamat hari DOKTOR !