Soalan Lazim

1) Profil MedicMesir

MedicMesir ditubuhkan pada tahun 2007.

MedicMesir menawarkan perkhidmatan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Perkhidmatan ini dari segi permohonan, penginapan, visa, penempatan universiti dan lain-lain.

2) Permohonan/Kelayakan Minima

Permohonan dibuka bermula bulan Januari – Jun (Fasa Pertama) dan Jun sehingga September setiap tahun.

Akan di maklumkan dari masa ke semasa.

Kami akan memfokuskan pelajar yang memenuhi syarat minimum dan yang telah mendaftar dahulu dengan pihak kami untuk meneruskan permohonan mereka.

Syarat kemasukan minima bagi program Pergigian / Farmasi adalah adalah kredit dalam mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan atau Matematik Moden, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah, dan tidak memerlukan Asasi atau Matrikulasi.


Untuk pelajar IGCSE, perlu ada 2 mata pelajaran Cambridge AS. Biologi AS adalah wajib dan tambahan 1 mata pelajaran lain (sebaiknya Matematik).


Bermula 2018, syarat kemasukan ke program Perubatan bukan lagi SPM. Tetapi, Asasi / Matrikulasi / A-level atau setaraf dengannya. Boleh memohon menggunakan keputusan Semester 1.

Syarat minima adalah Kredit didalam setiap subjek. Jika tidak, pelajar boleh menghubungi pihak MedicMesir untuk pertanyaan lanjut.

Tiada had maksimum umur bagi universiti di Mesir kecuali Universiti Al Azhar yang hanya menerima pelajar lepasan SPM 3 tahun dari tahun semasa. Contoh, bagi pengambilan pelajar tahun 2023, hanya pelajar lepasan SPM 2022, 2021, 2020 sahaja yang diambil. Tambahan pula, denda akan dikenakan.

3) Penginapan/Rumah Sewa

Ya, MedicMesir juga menguruskan penempatan rumah sewa pelajar.

Kos yang diperuntukkan untuk mendapatkan rumah sewa sebanyak RM5,000 (melalui perkhidmatan MedicMesir).

Jarak rumah sewa dan kuliah adalah dekat.

Ya, kelengkapan rumah disediakan seperti perabot dan peralatan elektrik.

Pelajar boleh hubungi:

Cik Afiqah: 010-4076167 (Program Perubatan – Lepasan SPM 2022)
En. Fawwaz: 019-7906167 (Program Perubatan – Lepasan Matrikulasi)
En. Azreen: 019-3106167 (Program Perubatan – Lepasan Asasi)
Cik Zafirah: 011-16658284 (Program Pergigian)
Hotline: 013-3023030

4) Program Pengajian

a. Perubatan (5 Tahun)
b. Pergigian dan Farmasi (5 Tahun).

Perubatan (Universiti Alexandria / Mansoura / Tanta / Al-Azhar)
Pergigian (Universiti Alexandria / Al-Azhar)
Farmasi (Universiti Alexandria).

Pelajar akan mendapat silibus pengajian secara terperinci setelah pendaftaran dibuat.

5) Tiket Penerbangan/Visa Pelajar

Ya, pihak MedicMesir akan menguruskan tiket penerbangan pergi manakala tiket penerbangan
balik selalunya diuruskan pelajar sendiri.

Pelajar akan berangkat ke Mesir pada awal bulan Oktober.

Ya, terdapat tajaan untuk tiket penerbangan. Syarat tajaan bergantung kepada kelayakan pelajar.

Negeri yang memberi tajaan tiket kapal terbang ialah Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Kos tiket adalah sekitar RM3,500 kerana ianya termasuk Pengurusan Keberangkatan & Minggu Sambutan Pelajar Baru.

Ya, MedicMesir juga menguruskan visa pelajar.

Visa akan dimohon dari Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur dan dilanjut sebaik sahaja sampai di universiti masing-masing.

6) Wang Saku Pelajar

Untuk pengetahuan anda, kadar pertukaran semasa adalah (1 MYR = 6.8 LE)
Anggaran perbelanjaan bulanan adalah dalam 4200 LE => RM620

7) Yuran

* Universiti Alexandria
(Pergigian)
Yuran tahunan USD8000
(Dibayar pada setiap permulaan semester)


(Perubatan)
Yuran tahunan USD8000 / USD12500


* Universiti Mansoura
Yuran tahunan USD9000
(USD5000 pada awal semester dan USD4000 pada semester akhir)


* Universiti Al-Azhar
Yuran Tahun pertama USD2000 pada bulan Disember.
USD5000 setahun pada tahun 2-5. (USD2500 dibayar pada semester awal dan USD2500 pada semester akhir).

 

* Universiti Tanta
Yuran tahunan USD9000 setiap tahun.
(USD5000 dibayar pada awal semester dan USD4000 dibayar pada akhir semester)

Pembayaran yuran boleh dilakukan dengan bank-in amaun yuran mengikut kadar tukaran pada hari bayaran dibuat dan MedicMesir akan uruskan penyediaan Bank-draf atau bayaran terus ke universiti atau ibubapa boleh sediakan Bank-draf sendiri tapi ada caj sebanyak RM 200.

Bank Maybank, HSCB, dan CIMB Bank. Akaun bank perlu aktifkan online banking.

Emailkan resit transaksi ke enrol@medicmesir.com bersama butiran pelajar.

8) Program Persediaan

Program Persediaan (preMEDICMM2023) iaitu program kuliah perubatan dan Bahasa Arab.

Pelajar tidak perlu melalui apa-apa ujian melainkan mencukupi syarat minima yang ditetapkan dan terdapat kekosongan di universiti yang dipilih.

Dalam program preMEDIC MM2023 yang dijalankan, terdapat kuliah Bahasa Arab. Walaubagaimanapun, tiada kemahiran Bahasa Arab diperlukan.

9) Lain-lain

Pelajar boleh hubungi pejabat MedicMesir atau UmmiMM 019-6206167 dan 013-3023030 untuk
sebarang pertanyaan.

MedicMesir adalah sebuah agensi penghantaran pelajar ke luar negara khususnya ke Mesir dan telah beroperasi 16 tahun yang lalu. Mempunyai pengalaman luas mengenai segala urusan berkaitan penempatan, pengangkutan dan penginapan pelajar. Khidmat juga menjurus kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik dianjurkan sepanjang tempoh pengajian.

MedicMesir mengamalkan polisi bayaran tidak boleh dituntut kembali. (non-refundable policy). *Kecuali jika Pihak MedicMesir gagal mendapatkan tempat untuk anda, bayaran deposit yang dibuat boleh dituntut kembali.

Ya, ada pihak MedicMesir yang akan menjemput dan membawa pelajar ke tempat penginapan mereka.

Maaf, buat masa ini MedicMesir tidak buat khidmat penghantaran barang pelajar ke Mesir.

Call Now Button