Bidang Farmasi

PANDUAN PENGAJIAN PROGRAM FARMASI

Kenali diri anda terlebih dahulu.  Sekiranya anda suka membantu dan ingin orang lain sentiasa sihat maka anda ada ciri-ciri untuk menjadi seorang pengamal perubatan.  Sekiranya anda tertarik dengan subjek sains dan aplikasi dari hasil-hasil bahan kimia dan herba serta anda memang mempunyai pencapaian yang baik dalam subjek sains seperti kimia dan biologi maka anda mungkin ada kesesuaian untuk mengikuti kursus dalam progam farmasi.

DEFINISI DAN BIDANG FARMASI


Farmasi melibatkan aktiviti penyediaan ubat-ubatan yang berkaitan rawatan dan pencegahan penyakit

Terdapat beberapa bidang pengkhususan dalam karier seorang ahli Farmasi.

Farmasi HospitalTugas utama ialah menguruskan pengeluaran ubat-ubatan, disamping itu juga menyediakan ubat dari bahan asas, berpartisipasi dalam pusingan wad, dan membeli dan menguji ubat yang digunakan di hospital
Farmasi IndustriAhli farmasi industri terlibat dalam pengeluaran ubat untuk syarikat farmaseutikal, memastikan bahawa ubat yang dihasilkan berkualiti tinggi dan selamat
Farmasi AkademikAhli farmasi akademik sering mengajar, selain melakukan penyelidikan, seperti menilai penemuan kajian klinikal
Farmasi KomunitiAhli farmasi masyarakat bertugas memberikan ubat kepada pelanggan di kedai runcit, seperti kedai Watsons dan Guardian

Tugas utama ialah menguruskan pengeluaran ubat-ubatan, disamping itu juga menyediakan ubat dari bahan asas, berpartisipasi dalam pusingan wad, dan membeli dan menguji ubat yang digunakan di hospital

Ahli farmasi industri terlibat dalam pengeluaran ubat untuk syarikat farmaseutikal, memastikan bahawa ubat yang dihasilkan berkualiti tinggi dan selamat

Ahli farmasi akademik sering mengajar, selain melakukan penyelidikan, seperti menilai penemuan kajian klinikal

Ahli farmasi masyarakat bertugas memberikan ubat kepada pelanggan di kedai runcit, seperti kedai Watsons dan Guardian

KELAYAKAN KEMASUKAN

Kelayakan minima adalah seperti berikut
Tahap pencapaianKelayakan minima
SPM / O-LevelMinimum 5B dalam: Biologi + Kimia + Fizik + Matematik atau Matematik Tambahan + satu mata pelajaran lain Diikuti dengan Asasi/sains dan setara
A-LevelMinimum BBB / ABC / AAC dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik
STPMMinimum BBB / ABC / AAC dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik Keseluruhan PNGK mestilah sekurang-kurangnya 3.0 (daripada 4.0)
Matrikulasi Australia (SAM / AUSMAT)Purata 75% dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik, ATAU ATAR 80.0 , termasuk: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik
Matrikulasi / Asasi SainsPNGK 3.0 (daripada 4.0) dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik, DAN Minimum 5B pada SPM atau O-Level di: Biologi + Kimia + Fizik + Matematik atau Matematik Tambahan + satu mata pelajaran lain
Terdapat beberapa syarat tambahan / perbedaan bergantung kepada Universiti yang membuat tawaran pengajian tersebut.

KELAYAKAN KEMASUKAN

Kelayakan minima adalah seperti berikut

Minimum 5B dalam:
Biologi + Kimia + Fizik + Matematik atau Matematik Tambahan + satu mata pelajaran lain
Diikuti dengan Asasi/sains dan setara

Minimum BBB / ABC / AAC dalam:
Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik

Minimum BBB / ABC / AAC dalam:
Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik
Keseluruhan PNGK mestilah sekurang-kurangnya 3.0 (daripada 4.0)

Purata 75% dalam:
Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik,
ATAU
ATAR 80.0
 , termasuk:
Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik

PNGK 3.0 (daripada 4.0) dalam:
Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik,
DAN
Minimum 5B pada SPM atau O-Level di:
Biologi + Kimia + Fizik + Matematik atau Matematik Tambahan + satu mata pelajaran lain

Terdapat beberapa syarat tambahan / perbedaan bergantung kepada Universiti yang membuat tawaran pengajian tersebut.

LALUAN KARIER SEORANG AHLI FARMASI

  • Jangka masa pengajian 4 tahun
  • Wajib bertugas di premis yang di akui oleh pihak Lembaga Farmasi Malaysia selama 1 tahun
  • Lulus peperiksaan yang di tetapkan
  • Diiktiraf sebagai FRP – Fully Registered Pharmacist

SISTEM PENGAJIAN DI UNIVERSITI

Bergantung kepada kaedah pengajaran yang ditetapkan oleh university.  Subjek yang di ajar meliputi tubuh manusia dan reaksi terhadap pelbagai ubat.  Antara subjek yang dipelajari adalah:-

  • Kimia Fizikal
  • Kimia organik
  • Kimia Perubatan
  • Biokimia
  • Imunologi
  • Mikrobiologi
  • Farmakologi
  • Mekanisme Kesan Dadah
  • Anatomi & Sistem Saraf

KEMAHIRAN TAMBAHAN YANG PERLU ADA UNTUK MENJADI SEORANG PELAJAR FARMASI

  1. Anda perlu mempunyai asas yang kuat dalam subjek sains khususnya subjek Kimia dan Biologi. Anda akan mempelajari subjek-subjek berkaitan seperti bio-kimia, pharmakologi dan immunology. Jika anda seorang peminat subjek sains, kursus ini amat sesuai untuk anda maju kedepan untuk membuat aplikasi terhadap subjek berkaitan sains.
  2. Kebolehan ingatan yang kuat tentang nama-nama bahan ubatan, jenama pengeluar, dan sentiasa perlu mengikuti arus perkembangan ciptaan ubatan baru serta kesan sampingan terhadap manusia.
  3. Mengambil perhatian secara terperinci terhadap penyediaan dan kesan ubat-ubatan kerana ini akan memberi kesan sampingan dan penyakit yang lebih kompeks jika terdapat kesilapan walaupun kecil.
  4. Perlu memberi penerangan yang tepat dan benar kepada doktor dan pesakit tentang kesan dari pengambilan ubat kerana mungkin terdapat kandungan dadah yang membahayakan.

KARIER SEORANG AHLI FARMASI

  1. Farmasi di Hospital/Klinik/Pengedar Ubat
  2. Farmakologi
  3. Toksikologis
  4. Farmasi Veterinar
  5. Ahli Akademik
  6. Penyelidek dalam industri farmasi
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on google
Google+

Universiti Pilihan
di Mesir

Universiti Pilihan
di Malaysia

Call Now Button