Bidang Pergigian

PANDUAN PENGAJIAN PROGRAM PERGIGIAN DI MALAYSIA

Kenali diri anda terlebih dahulu.  Sekiranya anda suka membantu dan ingin orang lain sentiasa sihat maka anda ada ciri-ciri untuk menjadi seorang pengamal perubatan.  Sekiranya anda tertarik dengan kesihatan gigi dan anda memang mempunyai pencapaian yang baik dalam subjek sains seperti biologi, kimia dan fizik maka anda mungkin ada kesesuaian untuk mengikuti kursus dalam progam pergigian.

DEFINASI DAN BIDANG PERGIGIAN

Pergigian melibatkan aktiviti diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit berkaitan gigi dan mulut.  Ia juga berkaitan kesihatan dalam mulut, mencantikkan susunan gigi dan kaedah pembedahan yang berkaitan dengan gigi.

Terdapat beberapa bidang pengkhususan dalam karier seorang doktor pergigian.

BidangSpesifikasi tugasan
Pembedahan mulutBerkaitan pembedahan gusi dan rawatan kecederaan wajah melalui pembedahan rekonstruktif
OrtodontikMencegah dan membetulkan ketidaksamaan rahang, gigi dan gigitan
Pergigian PediatrikBerkaitan dengan penjagaan kesihatan mulut bayi, kanak-kanak dan remaja
PeriodontologiBerkaitan sokongan struktur gigi, gums dan tetulang berkaitan.
Perubatan mulut dan PatologiSiasatan sebab dan kesan penaykit mulut melalui ujian makmal
Kesihatan Awam PergigianBerkaitan penjagaan kesihatan pergigian komuniti
Restoraktif pergigianMemastikan perkembangan gigi yang sihat dan bebas rasa sakit, terutama bagi pesakit yang mengalami masalah yang kompleks

Berkaitan pembedahan gusi dan rawatan kecederaan wajah melalui pembedahan rekonstruktif

Mencegah dan membetulkan ketidaksamaan rahang, gigi dan gigitan

Berkaitan dengan penjagaan kesihatan mulut bayi, kanak-kanak dan remaja

Berkaitan sokongan struktur gigi, gums dan tetulang berkaitan.

Siasatan sebab dan kesan penaykit mulut melalui ujian makmal

Berkaitan penjagaan kesihatan pergigian komuniti

Memastikan perkembangan gigi yang sihat dan bebas rasa sakit, terutama bagi pesakit yang mengalami masalah yang kompleks

KURSUS PERGIGIAN DI MALAYSIA

i) Kelayakan kemasukan

Kelayakan minima adalah seperti berikut

Tahap pencapaianKelayakan minima
STPM / A-Level

Minimum BBB / ABC / AAC dalam:

Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik

Matrikulasi Australia (SAM atau AUSMAT)

Purata 80% (atau setara dengan B) dalam:
Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik,

ATAU

(2) ATAR 80.0 , termasuk:

Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik

Matrikulasi / Foundation of Science

Minimum PNGK 3.0 (daripada 4.0) dalam:

Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik

Minimum BBB / ABC / AAC dalam:
Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik

Purata 80% (atau setara dengan B) dalam:
Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik,
ATAU
(2) ATAR 80.0 , termasuk:
Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik

Minimum PNGK 3.0 (daripada 4.0) dalam:
Biologi + Kimia + Fizik atau Matematik

Terdapat beberapa syarat tambahan bergantung kepada Universiti.

ii) Karier Laluan seorang Doktor Pergigian
  • Jangka masa pengajian 4-5 tahun
  • Wajib bertugas di hospital kerajaan selama 1 tahun
  • Membuat pengkhususan dalam bidang seperti ortodontik, pergigian pediatrik dan periodontologi. Proses pengkhususan biasanya memakan masa selama 3 tahun
  • Mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia
iii) Sistem pengajian di Universiti

Hampir menyamai kaedah pengajian doctor perubatan.  Terbahagi kepada dua tahap.

Tahap 1 : Pre-klinikal yang jangka masa 2 hingga 2.5 tahun yang memberi focus kepada pengajian teori asas subjek sains perubatan sepeti anatomi, bio-kimia, fisiologi, oral biologi, microbiologi, patologi, dan farmakologi.

Tahap 2 : Latihan klinikal di mana anda akan banyak masa di klinik atau hospital.  Anda akan diberi latihan secara langsung bertemu dan merawat pesakit.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Universiti Pilihan
di Mesir

Universiti Pilihan
di Malaysia

Call Now Button