Universiti Alexandria

Universiti Iskandariah (Alexandria University)

Universiti Iskandariah (Bahasa Arab: جامعة الإسكندرية‎) adalah sebuah universiti di Iskandariah, Mesir. Ia ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai kampus satelit Universiti Fuad (kemudiannya ditukar kepada Universiti Kaherah), menjadi entiti berasingan pada tahun 1942. Ia pernah dikenali sebagai Universiti Farouk sehinggalah Revolusi Mesir 1952 apabila namanya ditukar kepada Universiti Iskandariah. Taha Hussein adalah rektor pengasas Universiti Iskandariah. Universiti ini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir dan mempunyai kerjasama dengan pebagai universiti dalam melaksanakan penyelidikan terkini. (Ruj. Wikipedia)

MedicMesir telah menghantar lebih dari 1000 pelajar ke Universiti ini semenjak tahun 2009 khususnya dalam bidang pengajian Perubatan dan Pergigian.  Universiti ini mempunyai kemudahan pembelajaran yang terkini dan bandar ini juga mempunyai sebuah perpustakaan yang besar dan moden.  Sistem pengajian perubatan adalah dalam bentuk modular yang menjadi tarikan kepada sebahagian pelajar yang minat untuk mengambil kulian dan penilaian bermodul secara berterusan sepanjang semester.

Pelajar di tempatkan di kawasan perumahan sekitar kampus.  Bandar Alexandria merupakan bandar pelancongan.  Oleh yang demikian ia juga merupakan sebuah bandar besar yang penuh sejarah dan juga mempunyai banyak pusat komersial yang moden.

Sesuai dengan suasana kesekitaran dan pembangunan ekonomi di bandar ini, kos hidup adalah lebih tinggi jika di bandingkan dengan bandar-bandar lain seperti Mansoura dan Tanta.

Kursus Yang DItawarkan

SYARAT KELAYAKAN :​

PERGIGIAN = SPM (Aliran Sains)
Minima B (Semua Subjek)
PERUBATAN = SPM (Aliran Sains) DAN
Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf

Tempoh Pengajian :

5 Tahun

Medium Pembelajaran :

Bahasa Inggeris

Yuran : USD 4,000/sem

* RM16,000

Kos Hidup LEBIH RENDAH

* RM 500 - RM 700 sebulan

Pengurusan Rumah Sewa

* Setahun Pengajian

INFO PACK

Sila download Info Pack di sini

Call Now Button