Universiti Al-Azhar

Universiti Al-Azhar adalah antara Universiti tertua bukan sahaja di Mesir tetapi juga di dunia. Ia diasaskan pada tahun 970.  Kampus university ini terletak di Kota Kaherah (Cairo) dan telah menghasilkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang Agama.

Universiti ini tidak ketinggalan menawarkan program Perubatan dan Pergigian dengan cemerlang.  Program Perubatan ditawarkan dalam bentuk kuliah dan peperiksaan secara konvesional bahkan pelajar di wajibkan mengambil subjek agama dan menghafal beberapa juzuk al-Quran.  Perbedaan paling ketara antara Universiti lain ialah pengasingan gender di mana terdapat Fakulti Perubatan untuk lelaki dan Fakulti Perubatan untuk perempuan.  Begitu juga dengan Fakulti Pergigian.  Kedua-dua fakulti ini mempunyai sistem pentadbiran dan bangunan yang tersendiri.

Di Universiti ini terdapat ribuan pelajar dari pelbagai negara dari seluruh dunia.  Terdapat asrama pelajar Malaysia yang di kenali sebagai Rumah diikut nama negeri yang di taja oleh negeri masing-masing.  Oleh yang demikian terdapat ribuan pelajar dari kelompok Nusantara dalam sesuatu masa yang belajar di Universiti ini.  Tidak hairanlah terdapat restoren makan Malaysia/Indonesia di Kota Kaherah.  Walaubagaimana pun kos kehidupan lebih tinggi kerana kedudukannya dalam kota besar dimana sewa penginapan adalah melebihi dari bandar-bandar lain.

Kursus Yang DItawarkan

SYARAT KELAYAKAN :​

PERGIGIAN = SPM (Aliran Sains)
Minima B (Semua Subjek)
PERUBATAN = SPM (Aliran Sains) DAN
Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf

Tempoh Pengajian :

5 Tahun

Medium Pembelajaran :

Bahasa Inggeris

Yuran :

Tahun 1 : USD 2000
Tahun 2 - 5 : USD 5000

Kos Hidup LEBIH RENDAH

* RM 500 - RM 700 sebulan

Pengurusan Rumah Sewa

* Setahun Pengajian

INFO PACK

Sila download Info Pack di sini

Infopak MedicMesir

Please complete this information to download INFOPACK MEDICMESIR 2025

Personal Info


I'm interested in


Call Now Button