6 Tips Pengurusan Wang Semasa Belajar Di Mesir

Sebagai seorang pelajar antarabangsa, pengurusan wang adalah sesuatu perkara yang agak mencabar. Walau bagaimanapun, dengan beberapa perancangan dan pemahaman asas, pelajar bukan sahaja akan mempunyai wang yang cukup untuk utiliti dan perbelanjaan lain, tetapi akan membuat seseorang itu lebih bersedia untuk masa akan datang jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Berikut merupakan tips yang akan membantu anda mengurus kewangan dengan bijak.

1. Membuka Akaun Bank Tempatan

Perkara pertama sekali ialah dengan menyediakan akaun bank baharu di negara yang kita duduki. Kaunselor MedicMesir boleh membantu pelajar dengan memberikan maklumat tentang akaun bank terkemuka supaya pelajar boleh membuat transaksi kewangan dengan mudah. Memandangkan perkhidmatan berbeza dari bank ke bank, pastikan pelajar memilih perkhidmatan yang mempunyai faedah maksimum untuk pelajar dan tidak mengenakan caj yang tinggi untuk pemindahan bank antarabangsa. Hal ini juga akan mengurangkan kerugian kepada pelajar dan pelajar dapat berjimat cermat tanpa menghabiskan banyak wang terhadap caj yang dikenakan.

2. Membuat Belanjawan Mingguan

Seseorang pelajar hendaklah mengetahui segala perbelanjaan yang digunakan dari bulan ke bulan dan membuat perancangan belanjawan yang praktikal. Pastikan urusan bayaran seperti sewaan bulanan, bil utiliti, barangan runcit, pengangkutan, caj data, rekreasi, bahan belajar dan percutian diambil kira dalam perancangan kewangan. Seperti yang dinyatakan, pelajar juga perlu untuk menyediakan wang kecemasan agar diri lebih bersedia untuk masa akan datang. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

3. Manfaatkan Kemudahan Sebagai Pelajar

Kita sudah sedia maklum, terkadang perbelanjaan di luar negara boleh jadi dalam kadar yang tinggi dan boleh jadi dalam kadar yang rendah. Tetapi, dengan perancangan yang rapi boleh membantu pelajar berbelanja dengan mudah dan bijak. Sebaiknya, pelajar perlu fahami keperluan dan perkara yang diinginkan serta cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan membuat senarai keutamaan perbelanjaan. Cari cara untuk menjimatkan wang dan gunakannya dengan bijak. Pelajar juga boleh mengurangkan perbelanjaan harian anda dengan cara mudah seperti:

  1. Berkongsi penginapan bersama kawan kuliah
  2. Dapatkan kad diskaun pelajar
  3. Beli buku terpakai daripada senior atau dapatkan salinan digital
  4. Sertai keahlian perpustakaan
  5. Dapatkan pas untuk pengangkutan tempatan
  6. Membeli-belah semasa promosi jualan
  7. Belian dari kedai komuniti untuk harga yang rendah

4. Bekerja Sambilan

Di kebanyakan negara, anda boleh bekerja sehingga 20 jam seminggu dan sepenuh masa semasa cuti penggal. Hanya semak sama ada visa pelajar anda membenarkan anda bekerja dan cari pekerjaan yang sewajarnya. Pendapatan tambahan ini boleh membantu pelajar menguruskan perbelanjaan dengan baik selain menambah kemahiran tenaga kerja anda. Ingatlah bahawa anda mungkin perlu membayar sedikit cukai ke atas pendapatan anda, jadi semak peraturan negara baharu anda untuk pelajar antarabangsa.

Tetapi, harus diingat bahawa bekerja sambilan ini bukanlah satu paksaan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar perubatan. Mungkin ia menjadi keperluan bagi mereka yang ingin mencari pendapatan yang lebih. Tambahan pula, perlu diingat juga untuk membahagikan masa bekerja dan belajar dengan sebaiknya.

Sumber gambar: USA TODAY

5. Gunakan Status Sebagai Pelajar

Dapatkan sendiri kad pelajar seawal mungkin kerana kad ini akan membantu pelajar untuk mendapatkan diskaun untuk makan di restoran, membeli barangan di kedai, tiket wayang, pengangkutan dan pelbagai acara kebudayaan. Malah, terdapat banyak laman web yang menawarkan diskaun pelajar hebat untuk acara dan membeli-belah.

6. Belajar Memasak

Kebanyakan pelajar Malaysia di Mesir sebenarnya memanfaatkan kelebihan memaksa. Gunakan bajet makan di luar dengan beli bahan-bahan segar untuk dimasak di rumah. Percayalah, pelajar akan menjimatkan perbelanjaan kira-kira 30% hingga 50% daripada bajet makanan. Jika pelajar mempunyai sedikit masa dan difahami bahawa jadual kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan amatlah padat. Jadi, pelajar boleh memasak dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk. Di kemudian hari, pelajar boleh memanaskan semula makanan tersebut untuk dijadikan hidangan harian.

Sumber gambar: Stella on Twitter

Berbekalkan tips pengurusan wang ini, diharapkan pelajar mampu menguruskan wang dengan sebaiknya. Bagi mereka yang baru sahaja ingin menjejakkan kaki ke Mesir, usah bimbang. Ramai graduan dari MedicMesir dapat meneruskan hidup dengan baik sehingga penamatnya dan ada juga yang masih berstatus pelajar mampu untuk survive kehidupan di Mesir dengan menggunakan tips ini.

Bagi yang belum mendaftar, ayuh sertai MedicMesir untuk lanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com atau hubungi hotline di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk sebarang pertanyaan.

MedicMesir juga menyediakan khidmat kaunselor dengan menjalankan Taklimat MM secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Anda boleh dapatkan informasi yang lebih terperinci daripada Puan Siti Haniza Mohd Nazri (Ummi MedicMesir) melalui taklimat ini.

Jom sertai MedicMesir sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button