BIASISWA YAYASAN SIME DARBY (YSD) 2016



Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) 2016 – Tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) bagi sesi 2016 untuk pelajar Malaysia.

Yayasan Sime Darby (YSD) kini menawarkan biasiswa dan dermasiswa kepada rakyat Malaysia yang layak dengan keputusan akademik yang cemerlang dan kepimpinan berkualiti untuk pengajian vokasional, sijil, diploma dan pengajian ijazah pertama di institusi tempatan dan asing.Sejak 30 tahun yang lalu, lebih daripada 2,500 pelajar telah mendapat manfaat daripada biasiswa YSD. Pada tahun 2015, YSD menawarkan 482 biasiswa dan dermasiswa dalam pelbagai bidang bagi rakyat Malaysia dan warga lain di mana Sime Darby beroperasi.

BIASISWA YAYASAN SIME DARBY (YSD) UNTUK PELAJAR MALAYSIA

YSD menawarkan pelbagai bentuk program biasiswa mengikut kategori pemohon, berikut merupakan senarai biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh pihak Yayasan Sime Darby bagi tahun 2016 ini.

1. Program Biasiswa Kecemerlangan YSD


YSD menyokong pelajar yang memiliki pencapaian akademik cemerlang, aktif melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan penyertaan dalam khidmat masyarakat. Biasiswa ini terpakai bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian sepenuh masa di tahap Pra-Universiti dan Sarjana Muda di institusi akademik terkemuka dalam dan luar negara.

2. Program Bursary YSD


Kategori ini dianugerahkan kepada individu daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan pelajar OKU dengan keputusan akademik yang memuaskan untuk melanjutkan pelajaran di institusi akademik terkemuka di Malaysia.

3. Program Pengayaan Kemahiran YSD


YSD memperluaskan bantuan biasiswa kepada mereka yang ingin mengikuti program sijil dan diploma teknikal di Ramsay Sime Darby Healthcare dan Sime Darby Industrial Academy.

Cara Memohon Biasiswa

Tempoh permohonan adalah bermula dari 3 Mac hingga 2 April 2016. Calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel. Biasiswa bermula dari bulan September 2016.

Maklumat lanjut mengenai permohonan bagi setiap program yang ditawarkan boleh didapati di laman rasmi YSD melalui pautan berikut:Biasiswa YSD

Credit daripada : http://www.biasiswa.info/blog/biasiswa-yayasan-sime-darby-ysd

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button